Isnin, Oktober 12, 2015

Heh! Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni, nampak sangat yang dia cuma sekadar 'Menganjing' kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini.

Hari tu kita dah laporkan bagaimana Si Mat Sabu tu meroyan dan membuat dakwaan kononnya kepimpinan PAS melabelkan ahli - ahli parti Pengkhianat yang dia pimpin sebagai golongan 'Kafir'.

(Artikel Berkaitan: Mat Sabu Bengkak Digelar Kafir!!!)

Namun, tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu telah membangkitkan persoalan dikalangan rakyat. Kenapa pulak Si Mat Sabu tu tiba - tiba je nak buat dakwaan tersebut?

Si Mat Sabu tu ada bukti ke nak membuat dakwaan serta tuduhan tersebut? Atau dia sendiri yang bermimpi disiang hari memandangkan perkara sedemikian sering dilakukan oleh dirinya selama ini?

Kalau dia setakat buat dakwaan dan tuduhan tersebut tanpa sebarang bukti, nampak sangat la yang Si Mat Sabu tu terdesak nak meraih sokongan dengan memburukkan puak - puak PAS tu.

Walaubagaimana pun, dakwaan Si Mat Sabu tu telah disindir oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam dengan menyifatkan ianya sebagai tuduhan serius.

Kenyataan Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menuntut agar Si Mat Sabu tu tampil serta mendedahkan 'Siapa', 'Bila' dan 'Dimana' pemimpin PAS membuat tuduhan sedemikian.

Dalam masa yang sama, Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menyelar dakwaan yang dibuat oleh Din Pudu yang menyatakan bahawa 60 peratus kepimpinan PAS sudah keluar dari parti.
“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.
“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.
Kesimpulannya, kalau semua tu hanya sekadar tuduhan dan dakwaan semata - mata, adakah PAS berani nak ambik tindakan? Kalau PAS hanya setakat berani nak pertikai je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je menyalak pada puak - puak Pengkhianat tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping