Isnin, Oktober 12, 2015

Nampak gayanya, PKR masih tak sudah - sudah menagih sokongan dan simpati dari PAS sekali gus membuktikan bahawa parti itu tidak yakin pada kemampuan Pakatan Harapan pada ketika ini.

Jika dilihat dari satu sudut, keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PKR semalam ternyata telah membelakangi keputusan yang telah diumumkan oleh Presiden parti itu sendiri sebelum ini.

Pengumuman mengenai pembentukan Pakatan Haprak Baru tu telah dibuat sebaik sahaja rundingan meja bulat diadakan dengan menyaksikan penyingkiran PAS sebagai salah satu anggotanya.

Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan keputusan oleh PKR semalam dibuat tanpa rasa malu selepas parti itu didakwa 'Mencuri' dan menerima wakil rakyat mereka yang melompat parti.

Perkara itu jelas dapat dilihat sebagai salah satu Pengkhianatan terbuka PKR terhadap PAS yang telah disingkirkan oleh rakan Pakatan Haprak lain seperti puak - puak DAPigs dan PAN.

Malah PKR juga dilihat secara tidak lansung cuba nak menghina dan mencemar kepimpinan PAS yang telah acap kali dikhianati dengan menyatakan keputusan sedemikian. 

Mana tidaknya. Bagaimana mungkin PAS boleh menerima pelawaan yang dibuat oleh PKR sedangkan selama hari ini pucuk pimpinan PAS telah membuat pendirian terhadap perkara tersebut?

Bukan ke kepimpinan PAS tetap konsisten menolak pelawaan mana - mana pihak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu kerana enggan bekerjasama dengan puak - puak DAPigs dan PAN?

Adakah PKR mahu kepimpinan PAS tu berubah menjadi golongan manusia MUNAFIK yang sanggup membelakangi pendirian demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri?

Maka sekarang, bola berada dikaki kepimpinan PAS sendiri. Adakah mereka akan menerima jemputan PKR dan berubah menjadi golongan MUNAFIK serta menjilat ludah mereka sendiri? Atau PAS tetap akan menjadi sebuah parti bermaruah? Itu korang fikir la sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping