Sabtu, Oktober 10, 2015

Heh! Kalau dibaca dengan jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam Musa ni sudah pasti akan mengecewakan ramai pihak, terutama sekali dikalangan Pengkhianat Amanah Negara tu.

Jika sebelum ini, ada dikalangan mereka yang mengharapkan agara Si Husam ni ikut jejak langkah mereka setelah GAGAL dalam pemilihan PAS sewaktu Muktamar yang diadakan sebelum ini.

Bahkan mereka anggap Si Husam tu akan bersetuju untuk menjadi Pengkhianat dan bertindak keluar dari parti hanya kerana kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan.

Tapi ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam tu adalah sebaliknya. Si Husam tu kata dia tetap akan bersama - sama jemaah dan berjuang dengan PAS sehingga ke akhir hayat.

Malah Si Husam tu juga turut menegaskan bahawa semua kritikan yang dia buat selama hari ini adalah demi kebaikan parti dan masih percaya bahawa PAS adalah sebuah parti demokratik.
“Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja.

“Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu,” kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu.
Dalam erti kata lainnya, Si Husam tu cuba nak menegaskan bahawa PAS bukan la parti yang JUMUD dan tidak terbuka seperti yang didakwa oleh puak - puak Pengkhianat tu selama hari ini.

Sebaliknya, PAS mampu untuk menerima teguran dan kritikan dari mana - mana pihak yang tetap istiqomah dalam perjuangan yang menjadi dasar parti itu sejak dari awal ianya ditubuhkan.

Cuma yang kita harap jangan la Si Husam ni jadi macam Si Mahfuz Bean tu pulak. Dia kekal dalam PAS pun sebab takut langgar Sumpah Bai'ah. Tapi dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean tu jadi 'Duri Dalam Daging' dan masih bersekongkol dengan puak - puak Pengkhianat tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping