Khamis, Oktober 15, 2015

Wah!!! Nampak gayanya gerakan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak menjahanamkan PAS dah sampai ke peringkat Kesatuan Ulama Ulama Sedunia.

Jika sebelum ini, kita sendiri sudah dimaklumkan bahawa Presiden PAS telah dilantik sebagai Naib Ketua Ulama kesatuan tersebut. Maka sudah pasti kedudukan Si Hadi Awang tu akan tergugat.
(Harakah Daily) – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.

Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.


Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.
Nak pulak bila puak - puak Pengkhianat tu kini dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung kesatuan tersebut untuk memposisikan kedudukan mereka diperingkat antarabangsa.
Beberapa orang pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) kini sedang di dalam usaha untuk memposisikan AMANAH di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, demikian lapor Sdra Salahuddin Hj Ayub dari Doha, Qatar yang mengikuti rombongan tersebut. 

Delegasi itu disertai oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum AMANAH yang juga Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Muslim Se-Dunia, Salahuddin Ayub, Timblalan Presiden AMANAH dan juga Hj Asmuni Awi selaku Bendahari AMANAH Nasional.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin, pada pertemuan hampir dua jam dengan Prof Ali itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia, turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung dengan perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia. 
Nah! Sedikit sebanyak, sudah pasti pertemuan yang diadakan itu bakal menggugat kedudukan Si Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan tersebut. Paling tidak pun, imej dia pasti akan tercalar.

Secara tidak lansung, kita dapat lihat bahawa puak - puak Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu bukan sahaja berhasrat untuk merosakkan PAS diperingkat domestik sahaja. Sebaliknya, diorang merancang untuk menjahanamkan PAS sampai ke peringkat Antarabangsa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping