Rabu, Oktober 07, 2015

Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) in Balik Pulau hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai agenda politik apabila ia menghentikan bantuan kewangan kepada sekolah itu hari ini.

Pengarah SRIA Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan diskriminasi terhadap sekolah itu dengan menarik balik bantuan kewangan kepadanya tahun ini.
“Kami menerima bantuan kewangan tahunan dan tahun ini kami telah diberi surat untuk menerima bantuan itu tetapi pada 3 September, kami diberitahu bantuan berkenaan ditarik balik dan seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) datang untuk mengambil balik surat itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya ini menunjukkan ada ‘tangan tersorok’ atau 'tangan ghaib' yang terbabit berikutan campur tangan politik dalam pentadbiran negeri.
“Ini adalah kezaliman terhadap sebuah institusi pendidikan agama di negeri ini,” tambah Muhammad Fauzi. Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu didaftar dengan Jaipp dan sudah beroperasi sejak 2008.
Muhammad Fauzi berkata, sekolah itu kini mempunyai 215 pelajar dengan kebanyakan mereka dari golongan berpendapatan tengah dan rendah.

Minggu lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali At-Takiri menuduh kerajaan negeri menghenti bantuan kewangan kepada sekolah agama dimilik ahli PAS.

Pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama negeri Datuk Abdul Malik Kassim membalas dakwaan itu dengan menyatakan Pulau Pinang terus memperuntukkan RM1.75 juta kepada 177 sekolah agama di negeri ini tahun ini.

Sebelum ini, Guan Eng mendakwa kononnya pihak Rejim DAPigs Negeri tidak pernah mengurangkan bantuan kepada mana - mana SAR walaupun sekupang termasuk SAR milik PAS.

Malah, Si Tokong DAPigs tu juga turut mendakwa tuduhan yang dibuat oleh PAS itu hanya sekadar fitnah semata - mata. Tapi sebenarnya dakwaan yang dibuat Si Tokong DAPigs tu hanya Pembohongan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Apa komen dari abdullah bin ubai dari PAN ..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping