Sabtu, Oktober 31, 2015

Sejak PAS umum kata diorang sedia berkerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional, tak pasal - pasal je aksi Ahli Parlimen Temerloh ni diperlekehkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu.

Lepas satu persatu blog dari kalangan puak - puak Pro PKR dan juga Pakatan Haprak tu siarkan laporan mengenai aksi memalukan yang ditonjolkan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh tu sebelum ini.

Mereka mendakwa, apa yang dilakukan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh tu memang sesuatu yang melucukan dan memalukan diri dia sebagai seorang wakil yang telah dipilih oleh rakyat.

Mereka kata, Si Ahli Parlimen Temerloh tu tak faham isu yang sedang dibahaskan didalam sidang Parlimen sehingga menyebabkan dia bertindak memalukan diri dia sendiri sedemikian rupa.

Kata mereka, memang sesuatu yang melucukan apabila seorang Ahli Parlimen PAS bangun untuk mengutarakan soalan tambahan berhubung isu permohonan institusi kewangan asing.

Sebelum ahli parlimen PAS itu bangun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata antara yang dinilai termasuk kriteria kehematan dan kriteria kepentingan terbaik bagi Malaysia.
"Secara amnya, faktor-faktor ini memastikan kestabilan kewangan dan kepentingan terbaik Malaysia sentiasa terpelihara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai garis panduan dan pertimbangan kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.
Tiba - tiba, kata mereka, Ahli Parlimen PAS Temerloh tu bangun dan bertanyakan soalan mengenai 'Buruh Asing' yang tidak ada kaitan lansung dengan isu 'Kewangan Asing' yang dibangkitkan.

Kesimpulan yang mereka buat, tindakan Ahli Parlimen PAS itu hanya sekadar menjatuhkan maruah dirinya sendiri dan menjadi bahan lawak dikalangan pengguna di laman media sosial.

Dari satu sudut, nampak sangat blog - blog Pro PKR dan juga Pakatan Haprak tu hanya sekadar nak memburukkan imej pemimpin PAS tu supaya nampak BODOH. Itu pun sebab PAS dah tak sokong diorang. Kalau tidak, diorang diamkan jugak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping