Heh! Tak pelik la kalau orang kata UMNO ni senang sangat nak kena bungkus. Perkara tu jika kita lihat dari satu sudut memang tidak dapat dinafikan walau macam mana cara sekali pun.
Dikala parti - parti pembangkang sedang hangat berantakan diantara satu dengan yang lain, nampak gayanya UMNO lebih suka berpolemik sesama mereka dengan tindakan yang bukan - bukan.
Kepimpinan UMNO sama ada yang menyokong Presiden atau yang menyokong Mantan Presiden dilihat lebih gemar menembak kaki sendiri. Mungkin cara itu yang terbaik buat UMNO pada ketika ini.
Mungkin dengan cara itu la UMNO boleh dapat kembali sokongan rakyat dengan memaparkan kemelut dalaman parti dan usaha untuk menjatuhkan pemimpin dikongsi secara terbuka.
Terdetik juga dalam hati, apa faedahnya UMNO buat kerja Haramjadah tu? Apa manfaat yang dapat diperolehi dengan melaga - lagakan sesama pemimpin diantara satu dengan yang lain?
Adakah hanya dengan cara itu sahaja UMNO mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan meraih sokongan dua pertiga didalam Parlimen bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Persoalan lebih penting yang perlu difikirkan, dimana letaknya integriti mereka yang sepatutnya menjaga parti itu sendiri? Adakah perkara seperti itu boleh dianggap sebagai satu permainan?
Persoalan lebih penting yang perlu difikirkan, dimana letaknya integriti mereka yang sepatutnya menjaga parti itu sendiri? Adakah perkara seperti itu boleh dianggap sebagai satu permainan?
Dan yang lebih menghairankan kita, bagaimana mungkin seorang ahli atau pemimpin UMNO yang mempunyai moral tinggi mudah sangat terperdaya melalui sumber yang separa mentah?
Jika dilihat dari sudut mana sekali pun, tujuan sumber tersebut bukan sahaja nak memburukkan imej pemimpin tertentu. Tetapi memburukkan integriti kepimpinan UMNO tu sendiri.
Pokok pangkalnya, yang menjahanamkan UMNO sekarang ni bukannya orang lain. Tapi mereka yang duduk diatas tu jugak. Yang sakit dan terpaksa menanggung beban, orang dibawah. Ada diorang kat atas tu peduli dengan orang dibawah? Korang fikir la sendiri!!!
Pokok pangkalnya, yang menjahanamkan UMNO sekarang ni bukannya orang lain. Tapi mereka yang duduk diatas tu jugak. Yang sakit dan terpaksa menanggung beban, orang dibawah. Ada diorang kat atas tu peduli dengan orang dibawah? Korang fikir la sendiri!!!
Ambillah ikhtibar kejatuhan kerajaan melaka pembesar2 sibuk membuat kekayaan, mengayakan kron kroni mereka, berpuak puak antara golongan mamak keling dan melayu. Fitnah memfitnah golongan org yg kecewa hingga sultan terperdaya mengambil keputusan tanpa usul periksa. Tapi itu dulu....zaman kini rakyat yg menentukan siapa yg benar dan siapa yg membuat fitnah. Adakah rakyat akan membuat keputusan seperti sultan melaka melalui undi mereka yg tidak menyokong kerajaan bn lagi.
BalasPadamIslam mengajar umatnya merapatkan saf ketika berjemaah & dalam kehidupan.
BalasPadamTapi kita susah hendak menerima ajaran Islam itu demi hak-hak asasi, kebebasan bersuara & DEMOkrasi.