Selasa, November 10, 2015

Jangan jadi macam bapak!!! Itu sepatutnya yang diajar oleh Si Menteri Besar Selangor tu kepada anak dia yang berusia 15 tahun tu supaya dia menjadi orang yang lebih baik dimasa akan datang.

Semalam dalam satu kenyataan media oleh Timbalan Presiden PKR tu dilihat seolah - olah cuba untuk menyalahkan pihak Polis kerana memanggil anaknya untuk memberikan keterangan.

Tindakan itu diambil oleh pihak Polis ekoran anak Si Azmin Ali tu dilihat turut serta menyertai perhimpunan haram BERSHIT yang telah diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Malam semalam, kecoh didalam laman media sosial apabila Si Menteri Besar Selangor tu memuat-naikkan status dilaman media sosial mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh pihak Polis.

Dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah cuba memberi gambaran bahawa pihak Polis ni tak berperikemanusiaan dan cuba menganiayai kanak  - kanak.

Status dilaman media sosial Si Azmin tu juga turut disertakan dengan alasan kononnya anak dia yang berusia 15 tahun tu akan menduduki 'Peperiksaan Akhir' sepanjang minggu ini yang memang jelas Tak Masuk Akal.

Hakikatnya semua orang pun tau bahawa semua pelajar yang berusia 15 tahun yang berada di Tingkatan 3 dalam tahun ini semuanya menduduki peperiksaan PT3 yang berakhir bulan lepas.

Tapi, ada juga pihak yang cuba menyalahkan pihak Polis yang didakwa cuba menjadikan kanak - kanak berusia 15 tahun itu sebagai sasaran Politik dan ianya perlu dihentikan segara.
"Siasatan terhadap remaja berusia 15 tahun dan gadis berusia 14 tahun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan ini dakwaan terpilih," kata CEO Lawyer For Liberty.
Soalnya, siapa yang suruh dia hadir perhimpunan BERSHIT tu? Bukan ke Akta Perhimpunan sebelum ini sudah menjelaskan bahawa kanak - kanak dibawah umur Tidak Dibenarkan untuk menyertainya?

Kesimpulannya, Si Menteri Besar tu sepatutnya mengajar anak dia supaya "Berani Buat, Berani Tanggung" dan tidak hanya sekadar menyalahkan orang lain je kerjanya. Bukannya memberikan alasan - alasan BODOH yang Tak Masuk Akal untuk raih simpati!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. jgn kau ajar anak mkn ais krim dlm jamban dah la Azmin

    BalasPadam
  2. HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM3.80 KEPADA RM17.00 SEKOTAK.

    DI SINI SUDAH TIDAK ADA PENYOKONG BN / UMNO.

    TERIMA KASIH KERAJAAN NAJIB.

    JUMPA NANTI DI PRU-14.

    BalasPadam
  3. HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

    TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

    DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

    JUMPA LAGI DI PRU-14.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mabuk ketum pun mamat ni..udah2 la bodoh nya..lg nk isap okok..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping