Sabtu, November 07, 2015

Pelakon dan model Zarina Anjoulie didenda sebanyak RM 5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas.

Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Bapanya membayar denda itu.

Mahkamah juga memerintahkan pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri Anak Pontianak menjalani tiga tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula Khamis.

Terdahulu, Zarina yang memakai baju blaus biru gelap dan berseluar merah jambu serta berselendang coklat mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula kepadanya.

Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini selepas mahkamah mendengar keterangan darpi enam orang saksi pendakwaan.

Zarina didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000.

Ketika rayuan, peguam Nasir Yusof mewakili Zarina memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan pelakon itu kini tidak mempunyai apa-apa harta kerana pendapatannya terjejas semenjak didakwa, selain berjanji akan mengubah kehidupan ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Timbalan Pendakwa, Raya Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kerana kesalahan dadah adalah serius dan tertuduh merupakan 'public figure' yang mendapat perhatian ramai dan sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat.
Categories:

1 ulasan:

  1. Setahu saya dia sudah bertudung. Udah la..delete kisah dia...yg dulu plz.
    .tks

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping