Ahad, November 08, 2015

PELAKON, Raja Ilya mendedahkan dia terkena gangguan makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia pada November tahun lalu.

Filem yang sudah mula boleh ditonton di saluran Astro First Eksklusif bermula 31 Oktober yang lalu ini merupakan filem seram pertama yang telah dilakonan oleh beliau.
“Hari kedua ketika penggambaran di Yogjakarta, Indonesia saya sudah dapat rasa lain macam ketika berada di bilik hotel.
"Saya tidak dapat berehat sepenuhnya sehinggalah saya meracau dan hampir dirasuk sehingga tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.
Jelas Raja Ilya, lokasi penggambaran yang dilakukan untuk filem itu sememangnya agak 'keras' sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pengamal agama bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
“Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang di tanda sebagai tempat ‘keras’ seperti di Borobudur, Parangtritis, Gunung Merapi dan Candi Prambanan.
“Malah saya sendiri terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk mengembalikan semula semangat saya agar dapat meneruskan penggambaran," katanya. 
Berkongsi wataknya, Ilya memberitahu, ia benar-benar memberikan cabaran untuk diri beliau sendiri kerana terpaksa menjerit hampir setiap masa disepanjang pengambaran.

Oleh itu, tambah beliau, mungkin penonton yang menyaksikan filem ini, akan melihatnya sentiasa berada dalam keadaan cemas apabila anak hilang dan sentiasa menjerit serta menangis.
Categories:

2 ulasan:

  1. Ini rasuk merasuk semua nya mengarut.Mana boleh setan benda yg ghaib merasuk kita manusia yang nyata.Sebenarnya kita yg create setan dalam kepala kita.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping