Ahad, November 08, 2015

"‎Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa  tidak dapat dibuktikan." Itu respons Naib Ketua Pemuda PAS berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.

Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.
"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.
"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.
Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti berhubung dakwaan yang telah dibuat oleh Husam terhadap PAS. Dan sekiranya gagal, maka dia perlu segera bertaubat.
"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.  
Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata. Berhati-hati apabila bercakap, jangan hanya membuat dakwaan. Kalau tidak bertaubatlah," katanya.
Dalam erti kata lainnya, sekiranya Husam GAGAL untuk mengemukakan bukti berkaitan semua dakwaan yang dibuat, itu menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Bekas Naib Presiden PAS itu hanya sekadar FITNAH semata - mata!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ya atu tidak, itu saja. Penang road pun dah jammed, hangpa nak pi kona kat mana lagi walhal hangpa dah terlekat sandwich dari line clear (warung tepi longkang mulut longkang )lagi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping