Isnin, November 16, 2015

Hahaha!!! Nampak sangat pihak 'Syarikat Now Sdn. Bhd.' tu BACUL dan tak berani nak buat laporan kepada pihak SPRM terhadap dakwaan yang ditujukan kepada YaPEIM sebelum ini.

Semalam kita dah buat cabaran terbuka kepada pihak Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu agar mereka tampil dengan laporan penuh kepada pihak SPRM bersama dengan bukti kukuh yang mereka ada.


Sebaliknya, Syarikat yang ditubuhkan bagi mengumpul 'dana' tu hanya sekadar membuat laporan kepada pihak Polis dan mendesak agar siasatan dijalankan terhadap pengurusan YaPEIM.

Klik Imej Untuk Besarkan
Tapi yang herannya, kenapa Syarikat Now Sdn. Bhd. tu tak lampirkan bukti mengenai salah laku yang didakwa terhadap yayasan tersebut? Kenapa mereka hanya membangkitkan persoalan? (Rujuk laporan disebelah)

Ianya agak ganjil apabila sebelum ini pihak Syarikat Now Sdn Bhd itu mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh untuk membuat tuduhan terhadap YaPEIM dan pemimpin UMNO.

Namun malangnya, laporan Polis yang dibuat oleh Syarikat tersebut hanya penuh dengan pertikaian dan persoalan terhadap pengurusan yayasan tersebut. Bukannya menampilkan bukti.

Maka persoalan yang kita bangkitkan sebelum ini, apa tujuan sebenar pihak Syarikat NOW SDN. Bhd. itu membuat tuduhan terhadap salah satu institusi pembangunan ekonomi Islam di Malaysia ni?

Adakah ianya untuk menegakkan Keadilan? Jika itu tujuan mereka, kenapa mereka hanya sekadar mendesak pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap persoalan yang dibangkitkan?

Atau, adakah pihak Syarikat NOW Sdn. Bhd tu hanya sekadar mahu mencari 'Publisiti Murahan' demi untuk meraih keuntungan kepada syarikat tersebut semata - mata? Kalau setakat buat soalan dalam laporan Polis, baik tak payah!!! Suruh budak sekolah tadika pun boleh!!!

Bak kata sahabat Blogger Cucu Tok Selampit, "Saya pergi ke balai polis dan buat satu laporan berbunyi, adakah Saudara Anwar Ibrahim seorang peliwat dan bermain China Doll? Pihak polis sila siasat. Tak ke bangang si Akmal Nasir ni?"
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping