Memang betul apa yang dikatakan oleh artis kita yang sorang ni. Bak kata orang, Tak Luak de kita dengan komen - komen negatif ni. Bukannya mendatangkan sebarang faedah apa pun.
PENTAS separuh akhir program realiti Gegar Vaganza (GV2) pada Ahad lalu, menyaksikan penyanyi Azian Mazwan Sapuwan gagal melayakkan diri ke peringkat final.
Namun, dalam pada itu muncul komen-komen negatif menyifatkan Farahdhiya, 31, tidak layak berada di pentas akhir ekoran tahap vokalnya yang dikatakan tidak mengikut tema ‘Karok Tarikkk‘.
Mengulas menegenai perkara itu, Farahdhiya berkata, dia tidak mengambil pusing kritikan negatif orang terhadapnya kerana merasakan ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepadanya.
“Saya pada mulanya tak tahu pasal hal ini tetapi kebanyakan peminat dan rakan mesej saya bertanyakan apakah tulisan Azian itu sindir saya kerana vokal tak ikut tema ‘Karok Tarikkk?’
“Kalau ikutkan memang pada persembahan semi final itu saya menyanyi agak low sebab ubah susunan muzik ikut keadaan kesihatan vokal pada ketika itu.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya percaya rezeki itu di tangan Tuhan. Hal lain-lain yang negatif saya tak mahu fikir. Kalau betullah Kak Azian menyindir saya, saya cuma boleh cakap Alhamdulillah. Saya tak pernah nak layan semua ini sebab bagi saya tidak mendatangkan hasil.
“Kalau saya yang tersingkir pada semi final itu pun saya terima dengan hati terbuka. Tetapi sudah rezeki saya sampai ke pentas akhir GV. Kita kan ada juri yang membuat penilaian,” ujarnya.
Apa yang penting, kita buat apa yang sepatutnya kita buat. Lagi pun hidup ni bukan setakat nak mendengar komen orang je. Bukannya mati kalau orang dok kutuk atau beri sindiran negatif kepada kita sepanjang masa!!!
Azian kena sedar suara awak tu memang ada getar...tapi orang panggil getar awak tu getar kambing...cuba nilai baik baik. Kalau dah kalah tu terima lah hakikat..jgn ingat kita saja bagus...betul macam faradhiya cakap..GV2 dihakimi olih panel yg profesional.
BalasPadam