Ahad, Disember 13, 2015

Pening jugak baca tajuk kat atas tu ye tak. Kalau Pakatan tak menang, macam mana pulak UMNO yang kalah? Kalau dua - dua tak menang, maknanya dua - dua kalah. Itu logik akalnya.

Mungkinkah ada maksud tersirat disebalik apa yang ingin disampaikan? Atau, adakah ianya berunsur kiasan semata - mata untuk membuka mata orang yang mendengar dan membacanya kembali?

Dan persoalan yang lebih penting, adakah orang yang mengungkapkan kata - kata itu sendiri benar - benar faham apa yang telah disebut dan dinyatakan secara terbuka? Selebihnya, korang fikirkan la sendiri. Ayat dibawah ni hasil luahan Tun Mahathir sendiri!!!
“Orang yang sabotaj parti tidak harus ada dalam parti. Musuh dalam selimut lebih bahaya daripada yang bermusuh secara terbuka. Jangan mengkhianati parti dan bangsa sendiri.

“Sesungguhnya musuh Umno tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan Umno. Tetapi Umno boleh mengalahkan Umno. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya Umno yang kalah.

“Sesungguhnya Umno tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. 

"Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti Umno. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia.

"Jasa Umno kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita.

“Jika boleh saya ulangi, perjuangan kita, Umno dan orang Melayu dan Bumiputera lain belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat oleh kita. 

"Hanya untuk mengekalkan kemerdekaan kita, kebebasan kita, memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Apatah lagi jika kita ingin memulih maruah bangsa dengan sepenuhnya dengan menjadi bangsa yang maju dalam sebuah negara maju.


“Umno, saya ulangi bukan sebarang parti. Umno adalah teras dan tunjang kepada parti yang memerintah negara tercinta ini. Kuat Umno kuatlah Barisan Nasional, kuatlah Kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah Umno akan mengundang malapetaka kepada kita semua.” - Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perhimpunan Agung UMNO 2003
Categories:

1 ulasan:

  1. apalak yng di rebut ni?
    erti kemenangan jadi persoalan yg nak ditafsir he he.
    klu pakatan dah terang lagi suluh2 depa tu memang berkeadaan kalah-tularan virus pembawaan dap yg jadi perosak gaban malasysia.klu bn dah lip lap bila mca dan mic kena jangkit virus ho ho...
    umno sebagai tunjang bn menjayakan negara camna lak.?
    salam siratulrahim kpd pas dan ll malah mebuka luas jiwa besar kat manusia he he pun madih jauh dikstsksn menang ho ho

    aq kira yg bermenfaat klu islam dijadikan paksinya.sesuai pada melayu malaysia yg mesti islam ho ho.meh sama2 menjadikan islam di tempat yg diutamakan.sikit2 klu tak semua.takbir dan ayuh capai kejayaan!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping