Selasa, Disember 15, 2015

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan Pas Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi BN, telah lama wujud.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-duanya dapat dilihat terutamanya dalam aspek pengurusan perkhidmatan kerajaan misalnya bagi membincangkan isu-isu tertentu mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

"Contohnya, setiap menteri besar mesti hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tanah Negara untuk berbincang mengenai isu tanah serta perkara yang ada kaitan antara negeri dan pusat.

"Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara negeri dan Persekutuan memang berlaku," katanya sebagai mengulas mengenai kerjasama antara Pas dan Umno.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan Tahun 2014, menyampaikan  Sijil Tasawwur Islam Siri II dan Sambutan Hari Intergriti Peringkat Kelantan di sini, hari ini.    

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ditanya mengenai kerjasama politik antara kedua-dua parti, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata ia terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu untuk menentukan hala tuju Pas selepas ini.

"Saya tak nak komen (mengenai kerjasama politik). Biar pemimpin tertinggi sahaja yang bercakap sebagaimana yang dinyatakan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini," katanya.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping