Rabu, Disember 16, 2015

Kali ni kita tengok macam mana Si Mat Sabu tu nak lepaskan diri dari dakwaan yang dia buat sendiri. Kita tengok sejauh mana Si Mat Sabu tu mampu untuk cari alasan dan selamatkan diri dia sendiri.

PAS Pulau Pinang mahu menyaman Mohamad Sabu kerana enggan menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mohamad atau Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan mengenainya di peringkat pusat membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.
“Kita sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada PAS Pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu,” katanya, lapor Berita Harian.
Pada 1 Disember yang lalu, Si Mat Sabu tu dilaporkan berkata, antara punca dia menubuhkan parti baru adalah kerana PAS sudah mula diresapi pemikiran kumpulan militan ISIS.

Dia turut mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu. Tuduhan Mat Sabu itu menimbulkan kemarahan pemimpin PAS dan mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf.

Walaupun Timbalan Presiden parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu kata dakwaan yang dibuat tidak hanya ditujukan kepada PAS, namun Si Mat Sabu tu tetap enggan berganjak dari dakwaannya.

Jadi, tak heran la kalau Si Mat Sabu tu tak perlu takut disaman oleh PAS sebab 'Abang Besar' payung kembang. Apa sangat la kalau setakat nak bayar saman tu nanti ye tak. 'Abang Besar' banyak duit. Boleh bayar saman Si Mat Sabu tu nanti. Janji, Si Mat Sabu tu buat je apa yang diorang suruh!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. 40.30.20.10.0 dah berdekad adala gi8+ susup sasap dan dapat advantage peribadisanjungan dsb hsnya dgn sebuah harapan dipersada berpolitik-rakus kuasa tanpa peduli lagi tentang keutamaan.sikap yg diubah itu dirasai .pop! boleh lak alhamdillah jatuh setandan he he.
    geng ini dikatakan progesif dimata pembangkang yg tak berfikiran@tak rasional ho ho.dap kaplanya heh.

    pas diletak sebagai yg bertanggung jawab memusnahkan harapan.ish ish apapun leh dikata.isis pon ok.siapa tak hot klu kaki merapu dan kaki sundarmalam dolo dolo tuduh camtu.
    apa pun saman tak ubah apa pun selain kebenaran pas dah bebas dari satu petaka.itu lah bahana khianat matsabu&geng he he
    m

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping