Khamis, Disember 17, 2015

Ini satu lagi contoh manusia yang bercakap guna kepala lutut. Mungkin sebab diorang ni jenis manusia yang Terlalu Bijak sehingga membuatkan diorang ni tak berfikir guna Kepala Otak.

Kan orang tua - tua pun dah beri peringatan, "Kerana Mulut, Badan Binasa". Kalau bercakap main ikut sedap mulut je, penyudahnya nanti diri sendiri jugak yang terpaksa tanggung derita.

Bila dah berlaku keadaan macam tu, tau pulak dia nak cari orang untuk bantu dia. Tau pulak dia nak mintak sokongan dari orang lain semata - mata kerana kelantangan mulut dia bercakap.

Dan yang paling menyedihkan ialah apabila tidak ada seorang pun dari kalangan orang Islam sendiri yang sedia tampil untuk mempertahankan dia sehingga terpaksa orang luar pulak yang tolong bantu.

Bukan kerana orang Islam tu tak anggap ugutan yang dibuat itu serius. Tetap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini sendiri pun sudah menyentuh isu berkaitan akidah umat Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari satu sudut, memang wajar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan undang - undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengugut wakil dari kumpulan G25 tu.

Dan kita juga tidak nafikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh individu yang mengeluarkan ugutan sedemikian adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

Tapi ianya juga wajar dijadikan sebagai satu pengajaran buat mereka yang lantang nak mengeluarkan hukum berdasarkan kepala lutut diorang sendiri. Jangan cetuskan sentimen yang menyusahkan diri sendiri.

Dalam erti kata mudahnya, kalau kita tak tau, buat cara tak tau. Jangan pulak tunjuk yang kita ni bijak sangat dari orang lain. Bila dah kena ugut macam ni, baru dia tau langit tu tinggi atau rendah!!!
PETALING JAYA: Wanita MCA menggesa pihak berkuasa supaya mendakwa seorang lelaki yang mengancam melakukan serangan seksual terhadap jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie mengkritik tindakan lelaki tersebut, Shahrul Nizam Ab Rahim kerana mengugut untuk memecah masuk ke dalam rumah Noor Farida dan melakukan serangan seksual terhadapnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping