Kali ini, tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi Tetap memang kena pada tempatnya. Memang patut pun wakil pembahas seperti ini diminta supaya menggulung ucapannya lebih awal dari biasa.
Dalam keadaan spekulasi terhadap kemelut yang melanda kepimpinan parti pada ketika ini, kita memang tidak mengharapkan ucapan yang mengapi - apikan mana - mana pihak ini dibangkitkan.
Kalau difikir dengan akal yang logik sekali pun, tindakan yang dilakukan oleh wakil pembahas Perak ini tidak memberikan sebarang manfaat sama ada kepada parti atau pun kepada Negara.
Sepatutnya, wakil pembahas dari Perak itu perlu tampil dengan cadangan berhubung penambah-baikkan dalam mendepani cabaran parti serta mengukuhkan institusi orang Melayu.
Sebaliknya, tindakan dia hanya membuka lebih banyak ruang persepsi dan menambahkan lagi api kemarahan dikalangan ahli parti serta mengundang spekulasi Negatif dikalangan rakyat.
Antara yang disebut adalah mengenai penganjuran perhimpunan secara terbuka yang turut melibatkan beberapa individu - individu tertentu di sekitar Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin lalu.
Wakil Perak - "Ia melihat bahawa mantan presiden juga dibantu timbalan presiden.... di depan sini (para perwakilan) saya sebut.... kita berjuang untuk menentukan agama dan bangsa kita... kita bela dengan sepenuhnya."
Pengerusi Tetap - "YB (Yang Berhormat) tukar topik YB. Perwakilan diminta bertenang. Tukar topik ya YB."
Walaupun wakil Perak itu mengubah topik, tetapi masih lagi menyentuh beberapa isu yang agak sensitif membabitkan beberapa nama individu tertentu yang masih ada didalam perwakilan.
Hakikatnya, 'serangan' yang dilakukan oleh wakil pembahas dari Perak tu tidak memberikan sebarang signifikan kepada pengukuhan agenda bangsa Melayu. Jauh sekali untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.