Wow! Memang cukup istimewa betul majlis perkahwinan anak Datuk Seri Menteri Besar Selangor ni. Cukup sederhana dan sesuai dengan imej ‘zuhud’ yang dipaparkan kepada rakyat.
Suasana 'Zuhud' yang selama ini cukup 'Sinonim' dengan Si Menteri Besar Selangor ni memang dapat dirasai seperti mana yang telah didedahkan oleh blogger Pro PKR artikelnya sebelum ini.
“Azmin Ali sejak menjadi Dato’ Menteri Besar Selangor setahun yang lalu cukup mengamal budaya hidup yang zuhud dan sederhana selain menghabiskan 80% dari masanya turun lapangan tinjau dan selesai permasalahan rakyat.
“Budaya hidup kesederhanaan ini terbawa-bawa apabila beliau mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya Ahad lalu 13hb Disember 2015.
“Ramai sungguh VVIP menjadi tetamu kehormat. Dengar bunyinya Kak Wan tak nampak kelibat. Harap-harap ini tidak benarlah.
“Para tetamu dihiburkan dengan persembahan biduanita negara selain menu juadah yang cukup simple,” lapornya.
Atau mungkin kita boleh tambah sikit lagi. Hiasan sempena perkahwinan tersebut katanya terdiri dari rekaan yang dibuat sendiri dengan menggunakan bahan buangan yang telah kitar semula.
Bunga - bunga yang menghiasi ruang dewan dan pelamin pulak ditanam sendiri oleh Si Azmin tu di belakang rumah dia. Dan semua perbelanjaan pulak menggunakan duit tabung simpanan dia sendiri.
Dan mungkin artis jemputan khas tu juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mengadakan persembahan. Mungkin persembahan tu dibuat secara percuma sebab katanya, artis tersebut takde job.
Agak - agak korang, berapa banyak kos yang telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis macam Si Azmin Ali ni? Ada dalam lingkungan puluhan ribu ringgit tak seperti mana yang digunakan oleh rakyat? Al-maklum la. Dia kan pemimpin berjiwa rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.