Setelah puas dia penat lelah mengadu domba dan menyebarkan dakyah pembohongan mengenai isu Tabung Haji yang didakwa bakal Bangkrap, Si Rafizi tu sudah pastinya akan bertambah meroyan.
Kalau sebelum ini, melalui pendedahan yang dibuat, Si Rafizi tu sahaja dikatakan mempunyai duit simpanan dalam akaun Tabung Haji yang berjumlah hampir sebanyak RM 500 ribu.
Bahkan Si Rafizi tu juga pernah mengakui bahawa dia sudah pun pergi menunaikan ibadah Haji ke Tanah Suci Mekah. Tapi, Si Rafizi tu tak pernah pulak bagi tau dia ke Mekah melalui perkhidmatan apa.
Adakah dia pergi menunaikan Haji melalui Tabung Haji atau agensi asing? Berapa jumlah perbelanjaan kewangan yang digunakan untuk menampung urusan ibadah Haji yang dilakukannya?
Semua perkara itu tidak pula diumumkan oleh Si Rafizi walaupun dalam masa yang sama dia cukup lantang menabur fitnah terhadap institusi kewangan Islam di Malaysia itu sendiri.
Dek kerana termakan dengan hasutan serta dakyah pembohongan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu menyebabkan ramai orang terpengaruh sehingga membuatkan mereka bertindak drastik.
Dilaporkan hampir seramai 4000 orang pencarum Tabung Haji telah mengeluarkan semua duit simpanan mereka dan menutup akaun dengan institusi kewangan Islam tu akibat termakan hasutan Rafizi.
Tindakan drastik itu sekali gus melenyapkan peluang mereka untuk pergi menunaikan Haji melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Yang untungnya, Si Rafizi tu juga.
Hakikatnya, urusan Haji di Malaysia ni adalah diantara yang 'Paling Murah' jika nak dibandingkan dengan Negara lain. Namun perkara itu tidak dinyatakan oleh Si Rafizi dalam siri pembohongannya.
Perkara sedemikian dijelaskan oleh Dr. Asraf Wajdi Dusuki yang menyatakan kos setiap jemaah negara ini yang mengerjakan Haji kali pertama jauh lebih rendah berbanding negara jiran yang lain.
Katanya, kos rendah itu kerana Tabung Haji mengeluarkan subsidi sebanyak RM8,910 atau hampir separuh daripada kos sebenar.
"Tanpa subsidi itu, setiap jemaah haji terpaksa menanggung kos sebanyak RMRM18.890, inilah kelebihan kita sebagai jemaah haji Malaysia.
"Jemaah haji di sesetengah negara bukan sahaja mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk mengerjakan ibadat itu malah dibebankan dengan kos lain seperti makan dan perubatan yang mana ia dinikmati secara percuma jemaah kita," katanya.
Nah! Itu fakta yang tidak pernah sekali pun terpacul dari mulut Si Rafizi tu. Kenapa dia tak nak cerita pasal semua tu? Kenapa dia hanya nak cerita benda buruk je pasal Tabung Haji? Dia sedap dapat pergi Haji, Pentaksub dia jugak yang melopong!!!
Sebab yg terpedaya tu setakat ada OTAK saja (lembu pun ada OTAK)..Tapi tak berakal...kesian..betul lah orang CAKAP SI BODOH MAKANAN SI CERDIK.
BalasPadam4000 tu black list terus nama...itu semua macai makan dedak...pegi haji pandai2 la mintak derma dengan lapiji...cerdek sgt konon...
BalasPadamOtak ada tapi letak bawah kaki...itu sbb apa si pondan tu cakap depa telan bulat2..selama ni pondan tu yg bagi rezeki kat depa kut..DASAR ORG TONGONG
BalasPadamtak payah b.list pun takpe..kena tunggu Giliran 83 lagi... memang tak kan sampai...dengar ler lagi cakap siputar belit tuu....amik kau...
BalasPadam