Ahad, April 24, 2016

Kisah mengenai pelajar ini merupakan diantara dua video yang telah dimuat-naikkan didalam laman Fanpage Facebook Semut Hitam sebelum ianya dipadamkan oleh laman tersebut.

Ekoran tindakannya yang mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ribuan penonton yang hadir ke ceramah Dr. Zakir Naik, kini kehidupan pelajar ini dikatakan bertambah selesa.

"Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan akan datang," kata Nur Nina Farisha Woo Abdullah.

Remaja berusia 19 tahun yang memeluk Islam dalam syarahan umum pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Kemaman baru-baru ini berkata beliau pernah berpuasa bersama rakannya pada 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin pada tahun ini.

Nur Nina Farisha yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman berkata beliau kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

"Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama.

"Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)) di Kemaman," katanya kepada pemberita selepas menerima kad perakuan memeluk Islam yang disampaikan isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria di kediaman rasmi Seri Iman di sini, Jumaat. 

Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education  and  Training Institute Sdn Bhd, Ahmad Firdhaus Ramlan.

Ditanya sama ada beliau mahu bergelar pendakwah satu hari nanti untuk menarik lebih ramai golongan bukan Islam kembali kepada fitrah, Nur Nina Farisha berkata: "Insya-Allah, jika sudah bersedia, saya akan lakukan (berdakwah)." 

Mengenai cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam, Nur Nina Farisha berkata beliau ada membaca di laman sosial bahawa terdapat bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan pertanyaannya pada program syarahan umum tersebut. 

"Tapi, saya tak tertekan dengan perkara itu, yang penting saya ingin fokus dengan pengajian saya dan terus mempelajari Islam," katanya yang kini selesa dengan penampilan berhijab. 
Categories:

2 ulasan:

  1. Being a muslim and being a good muslim, is not for the already muslim to be proud of, but for your own goods, fiddunya wal akhirah.

    BalasPadam
  2. alhamdullillah...Allah bgi hidayah melalui crmh dr zakir.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping