Sabtu, April 23, 2016

'Hubungan Rasmi', atau hubungan atas sebarang nama apa sekali pun yang diberikan, ianya tetap juga dianggap sebagai satu hubungan. Dan hubungan itu tetap ada konflik kepentingan.

Sebagai sebuah agensi yang ditubuh atas nama SURUHANJAYA, diberi kuasa untuk menilai, menjaga, menyiasat dan menguatkuasakan undang-undang, maka sewajarnya SPRM menjaganya.

Nak pulak apabila ianya berkaitan dengan intergriti, kebolehpercayaan serta nilai-nilai amanah dan ketelusan, tidak sewajarnya SPRM menjalin sebarang bentuk hubungan sekali pun.

Tak kira la sama ada ianya atas dasar urusan rasmi, apatah lagi tidak rasmi dengan mana-mana pihak yang boleh menjurus kepada kepentingan tertentu. Nak pulak bagi mereka yang sedang disiasat.

SPRM, terutama mereka yang mempunyai kedudukan serta mempunyai kuasa tertentu dalam menjustifikasikan sesuatu isu perlu mengelak daripada mempunyai, atau nampak seperti hubungan dengan pihak luar.

Apatah lagi apabila pihak luar tersebut merupakan pihak yang turut terlibat dalam mana - mana siasatan di bawah SPRM itu sendiri. Sudah pasti ia akan mewujudkan 'Conflict of Interest'.

SPRM boleh saja melantik atau mewujudkan jawatan baru, seperti Pegawai Perhubungan Luar jika perlu berinteraksi dengan tujuan mendidik perkara yang bersangkut paut dengan rasuah dan penyelewengan.

Malah, boleh diperturunkan kuasa tertentu kepada Pegawai Perhubungan Luar untuk mewakili SPRM dalam mana - mana program yang mempunyai sebarang kaitan dengan intergriti.

Sebaliknya, Bos-Bos besar dalam SPRM tidak boleh menjalin apa - apa bentuk hubungan pun, selagi mana masih bergelar bos kepada SPRM. Itu adalah satu perkara yang MUKTAMAD.

Pokok pangkalnya, bagi la alasan apa sekali pun. Yang pasti, tindakan SPRM merapatkan diri dengan "Orang Yang Sedang Disiasat" itu menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat.

Terutama sekali mengenai Integriti badan berkuasa itu sendiri. Lain la kalau diorang nak buat hubungan dengan orang yang takde kaitan dengan sebarang kes yang sedang disiasat. Takkan itu pun kita nak ajar juga!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. SPRM saja nak tunjuk belang...nak tengok reaksi kerajaan BN...pondan ke jantan....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping