Selasa, Mei 10, 2016

Tak payah beria nak pujuk PAS Masuk Pakatan. Apa kata PKR yang keluar dari Pakatan dan sertai PAS dalam membentuk blog Ketiga? Lebih kurang begitu la saranan yang diberikan oleh PAS.

Saranan itu dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS yang mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR menyeru agar PAS kembali bersama DAPigs dan parti itu.

Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAPigs, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain ‘strategi melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang,” katanya kepada FMT hari ini.
Dr. Mohd Zuhdi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyeru agar PAS kembali bersama DAPigs dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.

Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.

Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak dari awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.

Mengulas lanjut, Zuhdi menjelaskan parti itu masih mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menetapkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP telah terputus manakala hubungan dengan PKR masih terjalin.
“Berdasarkan pemantauan PPP terhadap kenyataan-kenyataan pimpinan PAS dan PKR didapati PAS tidak pernah meninggalkan PKR tetapi PKR yang kelihatan menjauhkan diri daripada PAS,” katanya.
Mengulas isu yang sama, Naib Ketua Pemuda PAS pula berpendapat parti itu selesa dan komited dengan blok politik ketiga iaitu bersama IKATAN dan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kongres Rakyat.
“PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana parti asalkan parti tersebut menghormati dasar PAS dan ketetapan dalam perjanjian kerjasama,” tegasnya.
Dalam erti kata lainnya, PAS tidak mungkin akan bersama dengan Pakatan Haprak tu jika DAPigs dan PAN terus menerus menolak dasar perjuangan parti tersebut. Jadi, tak payah la Si Azmin tu nak bermimpi disiang hari demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. klu pkr setuju dgn pelawaan pas bermakna ph tinggal dap dgn anak emasnya pan...baru depa tau mcm mana nak berpolitik di Mlysia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping