Isnin, Mei 09, 2016

Wah!!! Nampak gayanya, kempen gerakan yang nak menggulingkan Si Timbalan Presiden PKR tu semakin hari semakin mendapat perhatian dan hangat diperkatakan dikalangan rakyat.

Nak pulak dengan keputusan yang diperolehi oleh PKR dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini bukan sahaja dilihat sangat mengecewakan, bahkan ianya satu keputusan yang memalukan parti.

Mana tidaknya. Jika dilihat dari awal, PKR dilihat mempunyai keyakinan yang cukup besar untuk menambah jumlah bilangan kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

Namun malangnya, daripada ke semua kerusi yang ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Negeri kali ini, mereka hanya berjaya mengekalkan 3 kerusi sahaja tanpa sebarang penambahan.

Lebih memburukkan keadaan, pertindihan kerusi yang berlaku diantara PKR dan DAPigs telah mencetuskan perbalahan diantara mereka sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan 3 penjuru.

Langkah tersebut seterusnya telah mengakibatkan DAPigs bukan sahaja tidak mampu untuk menambah jumlah bilangan kerusi sedia ada, sebaliknya mereka pula kehilangan 6 buah kerusi.

Kini jari mula menunding ke arah Azmin Ali yang dilihat sebagai punca berlakunya keadaan tersebut memandangkan dia yang memberi kebenaran untuk calon PKR bertanding dikawasan DAPigs.

Rata - rata ahli PKR sendiri menganggap tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR tu sebagai satu langkah sumbang dan salah percaturan sehingga ianya mengaibkan parti.

Bahkan, ada pula dikalangan mereka yang beranggapan tindakan Si Azmin itu hanya sekadar merugikan Pakatan dalam jangka masa panjang dan memburukkan lagi keadaan dikalangan mereka.

Maka, semua kesalahan itu dibebankan diatas bahu Si Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini. Keghairahannya telah menyebabkan PKR mendapat aib yang cukup besar di Sarawak.

PKR bukan sahaja dianggap GAGAL untuk mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak. Bahkan ianya membawa kudis baru dalam Pakatan kerana menyebabkan DAPigs hilang sokongan.

Kini, isu mengenai ke-GAGAL-an Si Azmin itu menjadi senjata ampuh kepada musuh - musuhnya didalam parti untuk terus berkempen bagi 'mem-BERSIH-kan' PKR dari pengaruhnya. Kita tengok la sejauh mana Si Timbalan Presiden PKR tu mampu bertahan kelak!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Papa sudah bagi signal pada mama untuk tawan peneng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAMA TAK LARAT DAH NAK ANGKAT SENJATA PERGI PERANG.JUAK2 DAH LARI MENCICIT SEJAK PAPA TIADA.HOK ALOH!SADIS NYER

      Padam
    2. Azmin BERMAHARAJALELA, norol terlentang tang tang...sadis nye

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping