Isnin, Mei 30, 2016

Huh! Patut la tak ke mana parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu ni. Nampak sangat yang diorang ni memang takde pendirian yang tetap dalam satu - satu perkara itu secara khusus.

Kalau dulu, diantara alasan diorang keluar dari PAS adalah kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk membentangkan Rang Undang - Undang bagi memperkasakan mahkamah Syariah.

Apa yang jelas, tindakan mereka itu membuktikan bahawa mereka lebih mudah tunduk kepada kehendak dan kemahuan DAPigs dari nak menyokong dasar perjuangan parti sendiri.

Tapi hakikatnya, bantahan yang dibuat terhadap pembentangan RUU tu tidak berasas kerana mereka sendiri GAGAL untuk memahaminya secara mendalam mengenai perkara tersebut.

Walaupun mereka dari kalangan bekas pemimpin PAS, tetapi mereka tetap juga GAGAL untuk memahami dasar perjuangan parti yang memang sejak sekian lama memperjuangkan perkara itu.

Bahkan bantahan yang diorang buat menyebabkan timbul persepsi dikalangan rakyat Bukan Islam bahawa RUU itu hanya menjurus kepada perlaksanaan Hukum Hudud yang diwar-warkan selama ini.

IRONIKnya, bila RUU itu dibentangkan, tiba - tiba pulak ada kalangan pemimpin parti KUALI Si Mat Sabu tu yang menyokong RUU itu dengan alasan nak memperkasakan undang - undang Syariah.

Kan pelik tu? Kata mereka, usul RUU itu merupakan usul yang baik dalam usaha untuk menambah-baik martabat dan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia. Terutama dari sudut penguatkuasaan.

Walaubagaimana pun, puak pemimpin parti KUALI ini masih lagi kekal skeptikal dan memberikan pandangan yang buruk terhadap usul RUU persendirian itu dengan dakwaan liar.

Mereka kata, ada pemimpin-pemimpin politik yang merasakan bahawa usul tersebut akan membuka laluan awal kepada pengenalan undang-undang Hudud PAS yang telah lama dipertikaikan. 

Mereka juga mendakwa seorang pengamal undang-undang kanan pula mempersoalkan matan deraf Rang Undang-Undang tersebut yang memungkinkan berlaku kekeliruan dan kecelaruan di masa hadapan.

Secara tidak lansung, alasan itu membuktikan bahawa bantahan yang puak parti KUALI tu buat selama ini hanya berdasarkan kepada 'Sangkaan dan Dakwaan' mereka semata - mata. Diorang juga yang timbulkan Polemik mengenai Hudud sehingga ianya disalah-tafsir oleh orang lain!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. pan selalu tunduk kpd dap...sbb itu cakap selalu berbelit belit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping