Isnin, Mei 30, 2016

Hehehe!!! Kesian pulak tengok nasib malang yang menimpa Si Menteri Besar Selangor ni. Beria-ia Azmin Ali berjanji dia akan terus berkampung di Sungai Besar sehingga hari pengundian.

Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Si Azmin Ali mahu meletakkan calon dari PKR bagi mewakili Pakatan Haprak tu di kerusi parlimen tersebut. Beberapa nama juga sudah diangkat.

Tetapi apabila UMNO dan PAS menamakan calon masing-masing, Azmin Ali mula kecewa apabila PAS bukan sahaja tidak mengendahkan segala pujuk rayuan yang dibuat sebelum ini.

Sebaliknya PAS didakwa telah memperolok-olokkan Azmin Ali dengan pencalonan Dr. Rani Osman, ADUN Meru. Manakala UMNO-BN pula mencalonkan Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang.

Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan tiada satu pun bendera PKR pun yang dipasang di sepanjang laluan dari Sungai Besar ke Sabak Bernam ataupun menghala ke Tanjung Karang, Selangor. 

Apa yang jelas kelihatan hanya sekadar kelompok - kelompok bendera berwarna jingga milik dikatakan milik parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu sahaja yang dipasang dan berkibaran.

Turut dilaporkan, sokongan DAPigs dan Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka kepada parti Si Mat Sabu tu menjadi faktor utama Azmin Ali merajuk dan berkemas meninggalkan Sungai Besar.

Tambah menarik, pendedahan yang dibuat melalui laman blog The Devoured Saviour melaporkan, merajuk Si Azmin tu juga menjadi semakin teruk apabila beberapa keputusan mendedak telah diambil.
"Keengganan PAS dan PAN menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi PKR, adalah faktor kedua. Dia tidak sahaja merajuk tetapi juga memulaukan pilihan raya kecil itu.

Untuk menunjukkan dia benar-benar merajuk dan ambil hati, beberapa pihak mendakwa Azmin Ali telah menyekat segala peruntukan yang dicanang-canangkannya sebelum ini ke Parlimen itu.

Diantaranya seperti peruntukan untuk beberapa Majlis berbuka puasa di setiap masjid yang telah diaturkan dan peruntukan untuk membaik - pulih masjid serta surau usang dikawasan tersebut." - lapor blog tersebut.
Malahan Azmin juga turut dilaporkan telah mengeluarkan arahan supaya menutup semua bilik gerakan parti yang dibuka semenjak 7 Mei yang lalu sebagai tanda protes keputusan Wan Azizah.

Selain itu, Azmin turut membatalkan semua tempahan hotel, chalet, homestay dan rumah-rumah sewa yang sepatutnya menempatkan jentera PKR dari luar untuk membantu di PRK Sungai Besar.

Apa yang jelas, selepas Wan Azizah menyatakan sokongan agar parti Si Mat Sabu tu bertanding di Sungai Besar, cadangan Azmin Ali untuk meletakkan calonnya sendiri, tidak mendapat sokongan.

Maka tanpa sokongan daripada DAPigs dan kem Wan Azizah, bermakna Azmin Ali hanya membuat kerja sia-sia. Jadi tidak hairanlah mengapa Menteri Besar yang berlakon dengan kain pelikatnya sebelum ini dah kemas kain baju dan pulang segera meninggalkan Sungai Besar!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping