Sabtu, Jun 18, 2016

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh kempen Pilihan Raya Kecil ditutup sepenuhnya sebelum bermula proses pengundian di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam.

Seperti yang dijangka, pihak yang merasa diri mereka mula terancam dan peluang untuk menang semakin tipis mula menggerakkan kerja - kerja provokasi sebagai bahan kempen utama mereka.

Di Sungai Besar, vandalisme ke atas poster - poster calon Barisan Nasional telah dapat dikesan. Beberapa poster calon BN itu, bukan sahaja dirosakkan, tetapi turut dibaling dengan cat merah.

Di Kuala Kangsar pula, whatsapp fitnah ke atas calon BN, Mastura Mohd Yazid, pula dapat dikesan. Fitnah tersebut menyatakan, Mastura telah menerima derma berjumlah RM500,000.

Dilaporkan, kempen menerusi laman media sosial seperti Whatsapp dan Telegram diteruskan sepanjang malam sehingga petang ini kerana ia tidak tertakluk di bawah undang - undang SPR.

Catatan dari blogger The Devoured Saviour mendedahkan bahawa amalan Politik Provokasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang ini membuktikan betapa Politik Retorik mereka tidak matang.
"Nampak gayanya kempen Politik pembangkang di Malaysia ni tetap tidak matang dan politik di Malaysia tetap bersifat keanak-anakan yang bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat.
"Politik di Malaysia tidak bertujuan untuk membawa masyarakat di negara ini memahami maksud kenegaraan sebaliknya lebih bersifat mencari SIAPA SALAH.
"Kalau tak jumpa sebarang kesalahan, cipta kesalahan agar rakyat terpedaya dan kemudian bersatu untuk pemikiran yang lebih negatif," jelas blog tersebut.
Dek kerana itulah katanya, masyarakat Malaysia dilihat semakin melampau dan mengada - ngada sehingga soal keselamatan Negara juga tidak lagi menjadi perkara penting bagi mereka yang taksub.

Sebaliknya apa yang diinginkan hanyalah Politik Sensasi termasuklah mempolitikkan keselamatan Negara sepertimana yang berlaku dalam isu duit tebusan RM12 juta yang sedang diperkatakan.

Sampai bila agaknya, politik di Malaysia benar - benar akan menemui kematangan dan rakyat akan menerima politik sebagai salah satu tanggungjawab pada masanya sahaja, bukan pada sepanjang masa seperti yang diamalkan sekarang? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tindakan BODOH..lagi kami sebagai pengundi BENCI mereka..taraf politik longkang

    BalasPadam
  2. NAMPAK CAT MERAH KAT MUKA..INGAT 13 MEI BERTAPA KURANG AJARNYA DAP.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping