Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengingatkan rakyat untuk mengenepikan perbezaan politik demi kesejahteraan ukhuwah umat Islam.
Penyelarasan program diingatkan mengutamakan rakyat dan masyarakat sekitar serta sumbangan sebegini diteruskan bukan diberikan pada bulan Ramadan sahaja.
Selain itu juga, pihak berkuasa diminta memastikan keadaan pembangunan di sekitar Gambang diselaraskan dengan baik bagi mengelakkan daripada terbiar. Baginda menyampaikan penghargaan kepada para ulama atas pandangan yang diberikan berkenaan hal ehwal agama Islam di negeri Pahang.
Baginda turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang di atas kejayaan memainkan peranan penting dalam pengurusan agihan zakat. Kepada pembayar zakat di Pahang, Baginda amat berbangga dengan sumbangan zakat daripada para pembayar.
Baginda juga bertitah agar di bulan Ramadan ini rakyat memperbanyakkan beribadah dengan bacaan Al-Quran, berzikir serta tidak terpesong dengan amalan yang menyalahi Islam. Juga tidak membazir, ingatlah saudara seislam di Gaza, Syria dan lain-lain yang menderita dan tidak cukup keperluan makanan.
Titah Baginda di Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Asnaf sekitar daerah Kuantan yang diadakan di Masjid Baru Gambang. Berangkat bersama, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta anakanda YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
SUMBER - Portal DiRaja Pahang
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.