Khamis, Oktober 27, 2016

Kalau kita lihat dari satu sudut, puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran seolah - olah ianya merupakan satu dosa besar bagi mana - mana pihak, termasuk PAS sekiranga mereka mengadakan sebarang rundingan dengan Kerajaan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, hari ini Presiden PAS sekali lagi tampil dengan persoalan yang penuh dengan kontroversi mempertikaikan gambaran yang cuba diberikan oleh puak Pakatan Haprak tu supaya rakyat membenci PAS.

Presiden PAS, Hadi Awang mempersoalkan tindakan puak Pakatan yang cuba memberikan bayangan kepada rakyat bahawa PAS sudah menyimpang terlalu jauh dari agenda asal mereka apabila dilihat cuba mendekati Kerajaan Barisan Nasional.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang, ianya adalah tidak salah dari sudut mana sekali pun untuk PAS mengadakan sebarang 'rundingan politik' dengan pihak lain yang bertujuan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.
"Tidak salah jika rundingan diadakan di antara ahli-ahli masyarakat Islam. Justeru tidak salah bagi kita untuk mengadakan rundingan politik di peringkat kerajaan," katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 di Parlimen, Rabu.
Malah kata Hadi Awang, rundingan seperti yang dibuat oleh PAS itu adalah perkara yang biasa, sama seperti mana yang telah dilakukan diantara pegawai - pegawai Rejim PAS dan pihak Kerajaan Persekutuan di Kelantan selama hari ini.
"Jika kerajaan negeri Pulau Pinang boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung projek lebuh raya dan jambatan, adakah salah bagi kita untuk berunding dengan pihak berkuasa persekutuan?" soal beliau.
Sebelum itu, Abdul Hadi juga turut menjelaskan bahawa dia juga tidak mempunyai sebarang hak tersendiri terhadap undian Rang Undang - Undang Persendirian (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru), yang dibenarkan bercakap oleh Hadi mengingatkan ahli Parlimen bahawa Akta tersebut pernah dibentangkan untuk pindaan pada tahun 1965 dan 1984 dan diluluskan tanpa sebarang perbahasan.

Malah PAS juga turut memberikan jaminan kepada penggubal undang - undang bahawa pindaan yang dicadangkan tidak bertujuan untuk melaksanakan hudud tetapi hanya sekadar untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Apa yang jelas, kekeliruan yang ditimbulkan oleh puak DAPigs dan dijaja oleh parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu kepada rakyat selama hari ini yang membuatkan pembentangan RUU 355 itu sebagai langkah untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Dalam erti kata lainnya, pihak yang memusuhi PAS seperti DAPigs dan PAN telah menjadikan isu cadangan pindaan RUU 355 itu sebagai bahan modal Politik mereka untuk menghasut rakyat agar membenci PAS yang didakwa berdosa besar kerana cuba bersekongkol dengan Kerajaan Barisan Nasional!!!
Categories: ,

21 ulasan:

  1. Kerjasama PAS dengan UMNO adalah wajib. Kaum Muslimin hendaklah berpegang2 kepada tali Allah...untuk jalan yg selamat.

    Biak pi lah apa Pakatan nak kata. Peneraju depa DAP tu kapiak harbi bukannya ulama. Sebab tu dok pusin2 cakap. Perkara yg baik dia kata tak baik. Perkara yg salah depa kata betui. Tapi cuma jika ia berlaku dalam kumpulan mereka sahaja. Senang cakapnya double standard. Ptuiiiiiii....

    BalasPadam
  2. HADI AWANG TANYA, BERDOSA KE JIKA PAS BERUNDING DENGAN BN???

    Kalau bertanya dengan ahli kumpulan Dapigs dan kuncu kuncu mereka itu menderhaka kepada tokong namanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok kata kat org dapig akhirnya sendiri jadi parti PIGS, agaknya Allah bayar cash kot nuuu

      Padam
  3. Teruskan usaha utk martabatkan Islam.

    BalasPadam
  4. Kafir dengan munafik mana lebih teruk ?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg kafir dan siapa yg munafik tlg beri pencerahan jgn guna peluru tabur utk tembak nanti kena yg tak bersalah..😃😃

      Padam
    2. Dua2 masuk neraka. Kafir kekal di dalamnya, sementara munafik masuk ke neraka yang paling dalam...Wallahuaalam.

      Padam
  5. Kalau dah gitu declare bg jelas pengundi mahu kejelasan supaya pengundi tiada rasa tertipu.

    BalasPadam
  6. Kerjasama dengan pemerintah tiadalah salah asalkan masing2 ikhlas..soalnya sekarang ikhlas kah kerajaan?..kelak rakyat jua yang terkesan..dari bekerjasama dengan ameno baik fokus pada pakatan..dah menang nanti usulkan balik pindaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgn pakatan..? lupo kan jo lah...

      Padam
    2. Bila menang nnt usulkan balik pindaan?...hahahaha idea paling bangang abad ni drp pencacai Dapigs!!!!

      Padam
  7. Dia tanya...dia jawab laa sendiri.... kann pas dh byk pengalaman....dlu dlu dlu dia kata umno kapir.....dlu dlu dlu mereka semua wakil pas dah berbaik dgn umno BN dah bergabung.... tapi pas kata umno mengkianati....kann dah ada sejarah.... takkan nak rujuk balik dahh pasti umno curang.... nka bermutalaqqa juga.... sejarah dlu dlu dlu tak nak ambil kita kee....sejarah lubok merbau....peristiwa memali.... bukan dap yg tembak ust ibrahim....puak kerajaan umno BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu zaman lain. Yg buat onar tu PM pada waktu tu. UMNO tak de kena mengena. La ni dia dah masuk Pakatan. PAS perlu jauhi Pakatan. Tak mahu parti cauvanis dan mantan PM berkuasa semula, takut sejarah sejarah berulang kembali. Sekarang zaman Najib, keadaan sudah berubah. Begitulah seumpama pantai, sekali air bah sekali pantai berubah.

      Padam
  8. Kembali kepada al quraan, itulah jalan yg paling selamat dan diredai di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  9. Lagi nabi maafkan umatnya.. ini kan pulak sesama manusia.. pas n ummo memang patut bersatu menentang kapir perosak agama dan bangsa

    BalasPadam
  10. Sekarang pas d pimpim oleh orang tua nyanyok .

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyanyok hadi tak seterok nyanyok madey.

      Padam
    2. Hadi tak nyanyuk tapi dapat hidayah, setelah tersesat jalan sehingga sangup berpelukan dengan kafir harbi yg sangat merugikan.

      Padam
  11. Okey la berbincang Isu mahkamah Syariah, bincang sekali isu2 berkaitan rasuah, scandal 1mdb, bajet 2017, kalau pas bole yakinkan BN untuk mentadbir ikut tuntutan Islam tak salah..janji ikut telunjuk Allah, bukan telunjuk Najib

    BalasPadam
  12. Teruskan amanah Allah

    BalasPadam
  13. Pas joint umno salah..mangkok kuali harapan joint Dapig tak salah..syiah lagi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping