Gambar di atas, kelihatan bekas Setiausaha DAP Sabah Junz Wong (bertanda bulat) bersama Datuk Seri Shafie Apdal dan Darrel Leiking dalam satu majlis makan tengah hari di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
Turut kelihatan bekas Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terence Siambun (dua dari kiri) dan bekas Naib Pengerusi DAP negeri, George Hiew (paling kanan, sebelah Junz).
Tindakan Junz menjamu selera bersama Shafie Apdal menguatkan lagi spekulasi bahawa ADUN Likas itu akan menyertai parti baharu pimpinan bekas Naib Presiden UMNO itu.
Junz bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.
“Saya akan membuat pengumuman berhubung perkara ini tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini,lapor FMT.
Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin membuat pengumuman keluar parti, namun tidak menyatakan parti mana yang dia akan sertai.
Selain Junz, pimpinan DAP Sabah yang sealiran dengannya turut membuat pengumuman keluar parti.
Mereka adalah; Joan Goh (Timbalan Pengerusi DAP Sabah), George Hiew (Naib Pengerusi DAP Sabah), David Williams (Bendahari DAP Sabah ), Charles Magadap (Timbalan Setiausaha Publisiti), Nicholas Chak (Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah), Daniel Kalinggang (Timbalan Setiausaha Organisasi DAP Sabah) dan Francis Daniel (ahli jawatankuasa negeri)
Tindakan mereka itu menyusul Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang meletak jawatan sebagai Naib ppesiden PKR untuk menjadi timbalan Shafie dalam parti baharu yang “diambil alih” mereka berdua bulan lalu, tetapi belum dinamakan.
Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah yang baharu Chan Foong Hin (ADUN Sri Tanjong) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Junz bersama kumpulannya itu.
“Fikiran sempit hanya parti tempatan yang boleh memperjuangkan hak Sabah harus kita sama-sama tolak kerana ia tidak membantu dalam proses pembangunan negara.
“Saat ini kita dapat lihat rakyat negara ini telah terpecah dengan latar belakang agama dan suku kaum, ditambah pula dengan sentimen tempatan. Di manakah semangat Malaysian Malaysia yang pernah didukung oleh Junz semasa beliau dalam DAP?” kata Chan


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.