Selasa, November 22, 2016

Heh! Heran jugak dengan Pengasas Mazhab Rewcastle ni. Kot kalau selama hari ini, dia bukan main bongkak lagi mendakwa pendedahan yang dibuat selama hari in terhadap isu berkaitan dengan syarikat 1MDB semuanya betul belaka.

Dan dakwaan yang dibuat oleh Si Rewcastle tu sampai mampu membuatkan Pakatan Pembangkang di Malaysia ni taksub dengan dia sehinggakan wujudnya Mazhab Rewcastle dan menjadikan pendedahan dia tu sebagai Kitab Suci diorang.

Kiranya bagi diorang, apa sahaja yang didedahkan oleh Rewcastle tu semuanya betul belaka kerana didakwa ada mempunyai bukti yang kukuh. Tapi soalnya, kenapa Si Rewcastle takut pulak nak berdepan dengan undang - undang?

Laporan terbaru yang disiarkan semalam, Si Rewcastle tu katanya takut nak jejak kaki di Singapura kerana khuatir dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia. Maka sebab itu dia batalkan hasrat dia nak ke Negara Singa tu baru - baru ini.

Laporan yang disiarkan melalui akhbar The Australian itu juga menyatakan bahawa Rewcastle merancang untuk menyertai himpunan Bershit di Australia dengan melalui Singapura terlebih dahulu. Tetapi membatalkan cadangan tersebut.

Alasan yang diberikan adalah kerana Singapura dikatakan mempunyai perjanjian ekstradisi dengan pihak berkuasa Malaysia disebabkan kes yang melibatkan syarikat pelaburan strategik 1MDB dan juga BSI yang menjadi bahan jajaan Rewcastle.

Namun, tampil menafikan dakwaan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Malaysia tidak memberikan sebarang tekanan kepada Singapura untuk menahan dan menyerahkan Rewcastle kepada pihak berkuasa Malaysia.
“Saya tidak boleh komen mengenai apa-apa tindakan Singapura. Ia terpulang kepadanya sebagai negara berdaulat,” kata Nur Jazlan.
Pokok pangkalnya, jika benar pendedahan yang dibuat oleh Si Rewcastle tu selama hari ini, kenapa dia takut tak tentu arah? Tidakkah itu menunjukkan yang dia sendiri dah mula takut dengan bayang - bayang dia sendiri? Dan secara tak lansung, itu membuktikan yang Si Rewcastle tu hanya setakat pandai menulis je, tapi takut nak terima Realiti!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping