Isnin, Disember 26, 2016

Nampak gayanya, kemelut kepimpinan serta perebutan kuasa dalam parti Cap Bunga tu pada ketika ini semakin bertambah hangat apabila sifat Tamak dan Gila Jawatan dikalangan pemimpin parti itu dilihat semakin hari semakin kian terselah.

Dalam kenyataan hari ini, salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin terlupa untuk bertanya kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang perasaan mereka ketika dilucutkan dari jawatan yang disandang.

Mengulas mengenai perasaannya setelah disahkan tidak dilantik sebagai Ketua Srikandi PPBM, Anina meminta soal tentang perasaan itu diajukan kepada Mukhriz dan Muhyiddin terlebih dahulu sebelum dia memberi jawapan mengenainya.
"Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh UMNO. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.
"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," kata Anina, semalam.
Anina menjelaskan bahawa dia hanya tahu tentang dirinya yang tidak dilantik ke jawatan sayap parti itu dari Mukhriz dan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh, beberapa hari yang lalu.

Katanya, kedua pemimpin tersebut PPBM tersebut telah memaklumkan padanya bahawa namanya tidak disyorkan kepada Majlis Presiden bagi jawatan tersebut.
"Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya, memetik laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com.
Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor menjelaskan bahawa Anina tidak pernah menjadi ketua Srikandi secara rasmi sejak awal lagi.
"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," jelasnya. Kata Kamaruddin, pelantikan empat pemimpin Srikandi lain yang diumumkan Anina pada awal bulan ini juga tidak sah dalam parti.
Kalau difikirkan secara logik, memang betul la keputusan yang dibuat oleh PPBM tu. Macam mana nak lantik orang ke satu jawatan yang masih belum ditubuhkan? Kan nampak sangat yang pemimpin parti PPBM tu kebanyakkannya Gila Kuasa belaka. Jadi, betul sangat dah tindakan UMNO pecat dia dulu. Ada pun buat menyusahkan je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping