Ahad, Disember 25, 2016

Berikutan perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani antara Pakatan dan PPBM baru-baru ini, menyebabkan kedudukan PAS Selangor yang menjadi salah satu parti dalam kerajaan Selangor kini semakin serba salah dan tertekan.

Melalui perjanjian itu, Pakatan dan PPBM telah bersetuju meletakkan seorang calon pembangkang sahaja untuk menentang BN, dan kedua-dua parti itu turut bersetuju berunding dengan PAS yang belum berada di dalam perjanjian ini.

Analisis Oriental Daily meramalkan, sekiranya PAS Selangor terus menangguhkan masa untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan dan PPBM, ia sudah pasti merugikan pucuk pimpinan PAS Selangor, terutama mengenai pembahagian kerusi pada PRU14.

Akhbar ini menulis, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad dipercayai selama ini menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun hasratnya tidak mendapat restu pucuk pimpinan PAS Pusat sehingga hari ini.
"Selain itu, keputusan yang masih tidak menentu PAS Selangor ini, akan diambil kesempatan oleh Amanah dan Bersatu. Kedua-dua parti ini akan mendapat sokongan undi daripada kalangan pengundi anti Umno. Apabila berlaku keadaan ini, Pas Selangor seharusnya menyalahkan diri sendiri," tulis akhbar ini.
Menurut akhbar ini lagi, sekiranya berlaku perlawanan tiga penjuru, keputusannya tidak pernah memihak kepada parti pembangkang. Keputusan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun lalu menjadi contoh paling jelas.

Jika keadaan itu berterusan, PAS sudah pasti akan menghadapi laluan yang sukar di kawasan majoriti Melayu, sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Pakatan dan BN. Dan sudah pasti PAN juga akan turut mengambil kesempatan.
"Tidak dinafikan, Amanah dan Bersatu masih lemah di akar umbinya, namun kerjasama dijalankan kedua-dua parti ini tidak mustahil mampu menarik sokongan daripada segelintir penyokong Umno dan Pas, ditambahkan lagi pengaruh oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kemungkinan pembangkang mampu cipta kejutan di Selangor," kata akhbar ini.
Dalam erti kata lainnya, tindakan PAS yang masih dilihat bermain 'Tarik Tali' dengan PKR dan PPBM membuatkan lebih ramai rakyat yang curiga terhadap kemampuan serta pendirian parti itu. Malah, sikap 'Mesra Palsu' yang ditonjolkan melalui hubungan baik dengan UMNO pun membuatkan parti itu kini dilihat hanya sekadar sebuah parti RETORIK!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Klu tiga penjuru peluang cerah utk bn. Ph akan gigit jari.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping