Isnin, Disember 26, 2016

Mungkin dari satu sudut, diorang boleh memberikan alasan, sekiranya tindakan meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor itu membawa maksud mereka mengaku kalah kepada desakan yang telah dibuat oleh DAPigs dan PAN selama hari ini.

Maka sebab itu diorang tampil menafikan dakwaan yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini. Tapi, kalau disuruh pun diorang letak jawatan secara sukarela, 'Mati Hidup Semula' pun diorang takkan ambik tindakan tersebut,

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Exco Rejim Pakatan Selangor dari PAS menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka akan meletakkan jawatan tersebut sebagai tanda protes terhadap Pakatan Haprak.

Kenyataan itu dibuat selepas adanya desas-desus mengatakan bahawa tiga ahli Exco Selangor itu bakal meletak jawatan pada hujung tahun ini, ekoran beberapa kenyataan pemimpin PKR yang banyak melemparkan tuduhan tidak berasas kepada parti itu.

Menurut salah seorang daripada exco berkenaan Datuk Yunus Hairi, isu berkenaan sudah tidak dibincangkan lagi, memandangkan pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang bertegas mahu meneruskan kerjasama politik dengan parti itu.
"Secara peribadi saya tidak dengar lagi (mengenai exco PAS Selangor akan letak jawatan), di peringkat PAS negeri pun kita tidak pernah bincangkan sebab kita memegang konsep kerjasama dengan PKR masih lagi utuh. 
"Kalau di peringkat PAS pusat masih bertegas dengan PKR, pentadbiran negeri kita masih bersama atas dasar mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU13 dan pendirian Menteri Besar sendiri yang sama masih lagi mahu mentadbir kerajaan negeri bersama dengan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Isu mengenai peletakan jawatan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor kembali melanda arena politik negeri itu. Jelas, ianya bukan sesuatu perkara yang baru semalam kita dengar. Tapi dah banyak kali dah cerita yang sama dikitar semula.

Khabar angin ini timbul sekali lagi selepas Setiausaha Agung PKR pada September lalu tampil membuat dakwaan dan menyifatkan bahawa PKR lebih terkesan dengan pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap parti itu sewaktu dalam Pakatan.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan selepas PAS sering mengatakan bahawa parti itu telah dikhianati PKR sepanjang mereka berada didalam Pakatan meskipun masih menjadi rakan tahaluf siyasi di Selangor sehingga ke hari ini.

Pokok pangkalnya, tindakan PAS yang masih enggan melepaskan jawatan Exco yang disandang oleh pemimpin mereka itu membuktikan bahawa parti itu lebih sayangkan jawatan dari nak menjaga maruah parti. Dalam erti kata mudahnya, pemimpin PAS nilebih sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri mereka sendiri!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Tak perlu letak jawatan. Pru umum tak lama lgi.

    BalasPadam
  2. Periuk nasi boss...kepentingan diri mesti di dahulukan perkara lain fikir kemudian. Di kesempatan yang ada masih banyak lagi harta yang perlu di kumpulkan.
    Pengikut pembangkang tidak ambil kesah pun puak puak ni duk menggumpul harta kekayaan, yang dia nampak pemimpin UMNO sahaja yang kilaf.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping