Nampak gayanya kebijaksanaan Si Rafizi ni memang takde harg apabila dia hanya sekadar pandai mengitar semula idea - idea lapuk yang sememangnya tidak mendatangkan faedah kepada rakyat tu berulang kali.
Jika sebelum ini, Si Rafizi tu pernah melaksanakan agenda Langkah Kajang untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dan menjadikan Si Ketua Penipu tu sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun idea Si Rafizi tu menemui ke-GAGAL-an apabila Si Ketua Penipu tu didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya. Tapi Si Rafizi tu enggan mengakui ke-GAGAL-an dirinya sendiri.
Sebaliknya, dia tetap mahu juga meneruskan idea perlaksanaan agenda Langkah Kajang itu dan menjaja cerita kononnya dia nak menjadi Wan Azizah sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama di Malaysia.
Tapi sekali lagi malang nasib Si Rafizi tu apabila rancangan yang direncanakan sebelum ini menemui ke-GAGAL-an apabila Azmin mengambil tindakan merampas jawatan tersebut dari Wan Azizah.
Apabila Si Azmin tu dipilih sebagai Menteri Besar Selangor, maka terkulat - kulat Si Rafizi tu dibuatnya sambil mulut ternganga melihat rancangan yang telah disusun sebelum ini menemui ke-GAGAL-an.
Kali ini, Si Rafizi tu cuba pulak nak mengulangi perkara yang sama demi untuk menjadikan Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya merampas Putrajaya.
Sememangnya, jawatan bagi Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu memang menjadi satu isu yang masih belum dapat diselesaikan. Malah ianya mencetus perbalahan dikalangan puak Pakatan Haprak tu.
Mungkin sebab Si Rafizi tu merancang supaya salah seorang dari Ahli Parlimen dari kalangan puak Pakatan Haprak tu meletak jawatan mereka untuk memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu bertanding.
"Salah seorang dari wakil rakyat PKR yang baru menang boleh mengosongkan kerusi dan dalam tempoh seawal dua minggu selepas hari pengundian PRU-14, Anwar boleh menang satu kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri," ujarnya.
Mungkin Si Rafizi tu ingat, semudah itu gamaknya dia nak menggantikan orang ni. Dia ingat nak keluarkan seorang banduan tu sama macam dia tukar seluar dalam. Suka - suka hati je dia je nak bagi cadangan macam tu.
Tapi, memang itulah caranya puak - puak Pakatan Haprak ni menghargai sokongan rakyat dengan cara memperbodohkan mereka secara sedemikian rupa. Diorang bukannya peduli sangat pun nak menjaga kebajikan rakyat ni. Apa yang penting, diorang menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri!!!
Langkah mayat mahdey dulu...
BalasPadamMahdey dh kata anwar tak layak jadi pm krn ada salahlaku seks...
Lagipun utk meneruskan legasi 22 tahunnya...mahdey berpakat nak letakkan boboi sbg pm...muktamad!!!