Selasa, Januari 17, 2017

Heh! Tipikal sungguh pemikiran sesetengah orang ni ye. Mudah betul diorang berubah fikiran apabila pemimpin diorang pun bertindak sedemikian rupa. Kalau sebelum ni, bukan main lagi diorang berkokok.

Tapi apabila isu yang dibangkitkan itu dijawab dengan fatwa serta hujah yang kukuh, mula la diorang pun berubah pendirian sehingga sanggup menjadi seorang pemimpin yang boleh dilabelkan sebagai MUNAFIK.

Jika sebelum ini, pemimpin ulung dalam Pakatan Haprak tu mengeluarkan fatwa dengan mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ni dianggap sebagai satu bentuk Rasuah dari Kerajaan.

Katanya, pihak Kerajaan Barisan Nasional memberikan bantuan tersebut demi untuk mendapatkan sokongan dari rakyat dalam Pilihan Raya Umum agar mereka dapat mengekalkan kuasa memerintah.

Tapi pandangan yang diberikan oleh pemimpin tersebut secara terbuka ternyata bercanggah dengan pendirian yang dinyatakan dikalangan pemimpin lain dalam gabungan Pakatan Haprak tu sendiri.

Bahkan dikalangan rakyat sendiri pun ada yang tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh pemimpin tersebut dan menganggap tindakannya melabelkan pemberian BR1M itu sebagai Rasuah adalah keterlaluan.

Hakikatnya, pihak Kerajaan tak pernah sekali pun meletakkan sebarang syarat kepada semua penerima bantuan tersebut untuk mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum.

Mungkin dek kerana itu, pemimpin ulung itu sendiri terpaksa berubah pendirian dan menyatakan bahawa puak Pakatan Haprak tu juga akan meneruskan pemberian bantuan tersebut sekiranya mereka memerintah kelak.

Maka, kecoh la dilaman media sosial orang bercerita mengenai 'Pusingan U' yang telah dibuat oleh pemimpin tersebut. Nak pulak dikalangan pengikut - pengikut setia puak Pakatan Haprak tu.

Kata mereka, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin ulung itu sebelum ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak sehingga ianya memberi gambaran buruk pada pandangan rakyat secara keseluruhannya.

Bahkan, ada juga yang kata, "Bila masa pulak Tun kata BR1M tu tak bagus? Dia cuma kata, BR1M tu seolah - olah seperti satu bentuk rasuah daripada pihak Kerajaan. Bukannya tak bagus".

Walau apa pun alasan yang diberikan, semuanya merujuk kepada usaha puak Pakatan Haprak tu nak menegakkan benang yang basah sehingga sanggup menjilat semua ludah yang telah diluahkan sebelum ini. 

Realitinya, mereka sendiri sedar bahawa pendirian pemimpin ulung mereka itu mampu menggugat sokongan rakyat kelas pertengahan serta yang berada diluar bandar kepada Pakatan. Maka terpaksa la diorang jilat balik. Inilah yang orang kampung kata SONGEH!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping