Selasa, Februari 14, 2017

Heh! Nampak gayanya keangkuhan dan kesombongan puak PKR ni terhadap PAS yang selama ini banyak membantu mereka menang dalam Pilihan Raya semakin terserlah secara terang - terangan.

Mungkin PKR sekarang terasa yang diri mereka sudah cukup kuat dan tidak lagi memerlukan sokongan serta dokongan dari PAS diperingkat akar umbi sepertimana sebelum ini.

Keangkuhan dan kesombongan PKR ini bukan kali pertama dipaparkan sejak kebelangan ini. Sebaliknya, dah banyak kali pemimpin PKR tampil membuat penghinaan terhadap PAS secara terbuka.

Jika sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tampil membuat tuduhan terhadap PAS yang dilabelkan sebagai Pengkhianat sewaktu mereka menjalinkan kerjasama didalam Pakatan.

Tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin kanan PKR itu dilihat senada dengan pendirian yang telah dibuat DAPigs dan PAN yang juga turut menganggap PAS sebagai Musuh Utama mereka dalam Politik.

Bahkan, pemimpin kanan PKR itu juga mendakwa partinya tidak ada membuat sebarang perjanjian secara bertulis dengan PAS bagi mewujudkan hubungan kerjasama Politik sehingga ke hari ini.

Maka, atas dasar itulah PKR kini dianggap sama seperti Kacang yang Lupakan Kulit kerana sanggup memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS bagi memenuhi kehendak Politik Peribadi mereka.

Malah, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR yang mendakwa parti itu rela bercerai dengan PAS dianggap sebagai satu Penghinaan yang cukup jelas terhadap parti yang telah banyak membantu mereka.

Hakikatnya, PAS adalah parti yang mula - mula menghulurkan bantuan dan sokongan kepada PKR sewaktu parti itu mula - mula diwujudkan pada tahun 1998. DAPigs pun buat tak tau je pada PKR pada waktu itu.

Mungkin pemimpin PKR itu juga lupa bahawa selama hari ini, jentera kempen Pilihan Raya PKR banyak dibantu oleh PAS memandangkan parti itu tidak mempunyai ahli diperingkat akar umbi.

Tapi dek kerana rasa sombong dan angkuh yang menyelubungi PKR hari ini membuatkan parti itu lupa siapa diri mereka. PKR lupa bahawa mereka hanya parti yang sama taraf dengan LONGKANG jika bukan kerana sokongan dari akar umbi PAS selama hari ini!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping