Sebelum ni, dia pernah gelar PAS sebagai sebuah parti Pengkhianat... Sekarang dia berkerja untuk DAPigs, Musuh Utama kepada PAS!!! |
Heh! Kalau ditanya, apakah kayu ukur bagi sesebuah persahabatan atau pun ikatan kerjasama diantara kedua - dua belah pihak, maka sudah pasti ini akan menjadi kunci utamanya.
Secara logiknya, bagi mereka yang benar - benar ikhlas dalam menjalinkan sebarang perhubungan, maka sudah pasti diantara kedua belah pihak mempunyai persefahaman yang cukup tinggi.
Berbeza dengan mereka yang hanya sekadar bersahabat demi untuk memenuhi kehendak peribadi. Maka akan muncul la pelbagai alasan - alasan yang hanya boleh disama-tarafkan dengan Longkang.
Sepatutnya, sebagai seorang rakan yang ikhlas, PKR tidak perlu menunggu sebarang 'Jemputan' bagi menghadiri Himpunan RUU 355 yang akan dianjurkan oleh PAS dalam masa terdekat.
Namun, dek kerana PKR hanya sekadar nak mempergunakan PAS demi untuk memenuhi kehendak serta menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka, maka sebab itu diorang mencipta alasan sedemikian.
Pokok pangkalnya, PKR tidak pernah menyatakan persetujuan untuk bersama - sama dengan PAS yang telah membentangkan cadangan pindaan berkaitan dengan Hukum Syariah di Kelantan tu.
Malah parti itu juga tidak pernah tampil membuat sebarang keputusan atau pun pendirian khusus bagi menyokong cadangan yang telah dikemukakan oleh Presiden PAS di Parlimen sebelum ini.
Sebaliknya, PKR hanya sekadar bermain wayang dan sering kali tampil dengan alasan - alasan yang tidak masuk akal bagi mengelakkan diri mereka dari terperangkap diantara PAS dan DAPigs.
Hakikatnya, pendirian PKR ni cukup mudah, iaitu bersifat 'Lepas Tangan' dalam isu berkaitan cadangan pindaan tersebut supaya diorang tidak menghadapi sebarang pertelingkahan dengan orang lain.
Sebab PKR tau, sekiranya mereka menyokong cadangan tersebut, maka sudah pasti mereka terpaksa berhadapan dengan DAPigs yang juga merupakan rakan dalam gabungan Pakatan Haprak tu.
Tapi sekiranya mereka menolak cadangan tersebut secara terbuka, sokongan dari akar umbi PAS yang selama ini dipergunakan untuk menjaga kepentingan Politik mereka sudah pasti akan turut terjejas.
Jadi, jalan mudah untuk mereka melepaskan diri adalah dengan menyatakan bahawa mereka masih belum menerima sebarang jemputan dari PAS bagi menghadiri Himpunan tersebut. Nampak sangat la PKR ni hanya sekadar mementingkan diri mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.