Heh! Nampak gayanya, PPBM dah mula tunjuk belang. Awal - awal lagi diorang dah ajukan cadangan supaya Pakatan Haprak tu diterajui oleh sebuah parti yang berteraskan bangsa Melayu.
Demikian cadangan yang diberikan oleh Presiden parti itu yang turut memberi bayangan parti pimpinannya mahu menjadi parti utama yang akan mendokong perjuangan Pakatan Haprak tu.
Muhyiddin berkata, langkah itu penting bagi memastikan gabungan Pakatan dikalangan pembangkang itu dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
"Paling penting ialah untuk melihat bahawa gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan parti PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.
"Kita hendakkan supaya gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin," katanya ketika berceramah di Kota Kiri, di sini, malam tadi.
Beliau turut memberitahu bahawa perkara itu akan bahan perbincangan bersama - sama dengan kepimpinan parti - parti lain di dalam gabungan Pakatan Haprak tu dalam masa terdekat.
"Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan PH dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati," ujar beliau.
Namun cadangan yang dibuat oleh Presiden PPBM itu dilihat bertentangan dengan dasar yang diperjuangkan oleh gabungan Pakatan Haprak tu selama hari ini yang menolak idea Rasis.
Gabungan Pakatan Haprak tu selama hari ini kuat menentang Barisan Nasional kerana gabungan Kerajaan itu diketuai oleh UMNO, sebuah parti yang dilabelkan sebagai parti Paling Rasis di Malaysia.
Maka persoalannya, adakah puak Pakatan Haprak tu sudi untuk menerima cadangan PPBM ini sedangkan ianya bertentangan dengan pendirian mereka yang kononnya menentang Rasisme?
Nak ke DAPigs terutamanya menerima cadangan tersebut dan mengikut telunjuk PPBM sedangkan parti itu diketahui secara umum merupakan 'Abang Besar' dalam Pakatan pada ketika ini?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.