Huh! Nampak sangat yang puak - puak PAN tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga terpaksa menjual nama Allahyarham Nik Aziz dalam siri seminar mereka.
Tindakan itu membuatkan anggota keluarga bekas Mursyidul Am PAS itu hari ini membuat laporan polis terhadap PAN berhubung penganjuran satu seminar oleh parti itu yang menggunakan namanya.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh menganggap penganjuran seminar oleh Amanah adalah penghinaan terhadap Allahyarham bapanya itu yang selama ini istiqamah dengan perjuangan PAS.
“Amanah nak anjur seminar guna nama tok guru (Allahyarham Nik Abdul Aziz) dan mereka sebelum ini sentiasa sebut Allahyarham pun akan sokong Amanah (jika masih hidup).
“Saya anggap ini satu penghinaan kepada Allahyarham kerana kita sedia maklum Allahyarham sentiasa istiqamah dengan perjuangan PAS ketika beliau masih hidup,” katanya pada sidang akhbar di rumah Allahyarham di Pulau Melaka di sini, Sabtu.
Hadir sama, adik Allahyarham, Nik Din dan Nik Mohd Nasim dan anak Allahyarham, Nik Adli. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa kira-kira 10.30 pagi tadi.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata anggota keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PAN jika parti itu terus menggunakan nama Allahyarham semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
PAN menerusi laman sesawang mereka pada 20 Mac lepas dilapor akan menganjurkan Seminar pada 9 April depan yang akan berlangsung di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.
Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh puak PAN ini membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang cukup kronik dan ketandusan penyokong sehingga terpaksa menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS itu untuk menagih sokongan!!!
Tak cukup lgi ke dgn sokongan Dap tu.
BalasPadammat sabu & ahli2 pan dh menyesa....
BalasPadam