Sabtu, Jun 17, 2017

Adalah satu perkara yang tidak masuk akal apabila Ahli Parlimen PKR Subang memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung UMNO hanya kerana kesalahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin kanan PKR itu hanya dilakukan kerana mahu menutup kemaluan dirinya yang sudah terdedah kepada umum baru - baru ini.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Ahli Parlimen PKR Subang itu akan memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung UMNO berikutan isu ceramah yang menjadi bualan hangat baru - baru ini.

Sivarasa dalam kenyataan hari ini berkata, komen oleh Tengku Adnan atau lebih popular dengan gelaran Ku Nan itu yang juga dibuat di sebuah masjid di Cheras adalah palsu dan berniat jahat.
"Beliau membuat tuduhan palsu bahawa saya membuat ceramah politik dalam masjid, yang merujuk kepada ucapan saya dalam Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
"Kenyataan beliau itu adalah jelas berniat jahat kerana beliau tahu saya telah membuat penafian dalam kenyataan akhbar sebelum itu, yang dilaporkan secara meluas.
"Kenyataan palsu beliau membayangkan saya berniat untuk menggunakan masjid bagi tujuan politik dan tidak menghormatinya," kata Sivarasa.
Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Daim & Gamany dan telah menerima dokumen saman yang akan sampaikan kepada Ku Nan tidak lama lagi.

Hakikatnya, dia sendiri yang cari masalah. Dia sendiri yang engkar dengan arahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Dia sendiri yang langgar titah Sultan Selangor.

Jadi, kenapa pulak dia nak ambik tindakan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO hanya semata - mata kerana kritikan yang telah diberikan terhadap perlakuannya?

Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh pemimpin kanan PKR itu hanya mampu membuktikan bahawa Hak Kebebasan Bersuara sudah lagi tidak wujud dalam kamus parti tersebut?

Jika sebelum ini, bukan main lagi PKR menjaja slogan nak memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat. Tapi bila kena batang hidung mereka sendiri, tau pulak nak saman orang. Itu menunjukkan yang PKR ni sebuah parti Politik yang Cakap Tak Serupa Bikin!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ada poooodah...

    BalasPadam
  2. Dei tambi sivarasa... sendiri sudah salah.. sudah kemaluan sebab sendiri bikin salah... sudah kena sound oleh Tuanku.. you have crossed the line... ada faham ka tambi.... sekarang kemaluan sudah nampak mau saman sama orang lain... pooodaahhh

    BalasPadam
  3. sivatarakrasa ni mabuk todi....adey chit...poodaahhh

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping