Jumaat, Julai 07, 2017

Heh! Nampak gayanya masih belum reda lagi sindrom Paranoia yang dialami oleh Si Menteri Besar Selangor ni sehingga membuatkan dia sering mengalami delusia yang cukup kronik.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat masih lagi wujud di Negeri Selangor biarpun gabungan Pakatan itu sudah berkubur sejak tahun 2015.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor itu hanya dianggap sebagai satu sindrom penafian yang memberikan gambaran seolah - olah dia enggan menerima hakikat sebenar.

Namun kenyataan itu dibidas oleh Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan penasihat strategik kepada Lim Guan Eng dengan menafikan bahawa Pakatan Rakyat itu masih wujud di Selangor.

Saifuddin dengan tegas berkata PR sebelum ini diberikan mandat oleh rakyat untuk menentang Barisan Nasional (BN) dan tidak munasabah jika PR mengatakan masih wujud apabila ada satu parti dalam gabungan itu dahulu kini dilihat mesra UMNO dan BN.
“Anda (merujuk kepada Azmin) terus mengatakan bahawa menjalankan mandat rakyat dari Selangor yang diberikan pada pilihan raya umum 2013 tetapi rakyat memberi mandat kepada PR untuk bertanding BN.
“Apabila ada satu parti dalam PR yang kini lebih mesra kepada BN, maka tidak ada sebab meneruskan PR,” katanya.
Saifuddin juga turut membuat dakwaan bahawa ianya sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila PAS kini sudah mengubah pendekatannya yang dilihat lebih mesra dengan UMNO.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR mendakwa Pakatan Rakyat masih lagi wujud bersama dengan Pakatan Haprak tu di negeri tersebut.

Walaupun DAPigs dan PAS telah memutuskan hubungan antara satu sama lain pada bulan Julai 2015 yang menjurus kepada pembubaran PR, PKR dan PAS masih mengekalkan hubungannya di Selangor.

Pokok pangkalnya, kenyataan Si Menteri Besar Selangor itu hanya sekadar satu mekanisme mempertahankan kedudukannya pada ketika ini demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Maka sebab itu dia sentiasa berada dalam keadaan 'Delusi'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping