Selasa, Julai 04, 2017

Penasihat DAPigs, Lim Kit Siang sepatutnya mengadakan jelajah seluruh negara bagi mendapatkan pandangan penyokong berhubung kerjasama parti itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itu reaksi bekas ahli DAPigs, Shamsher Singh Thind apabila diajukan hasrat Kit Siang yang mahu mengadakan jelajah ke seluruh negara semata-mata mahu mendapat pandangan ramai bersabit kewajarannya berundur daripada politik.
"Saya hendak tanya, apabila beliau bekerjasama dengan Dr Mahathir, atau sebelum beliau bekerjasama dengan Dr Mahathir, apakah beliau juga buat jelajah? Ada pergi ke semua tempat dan bertanya (penyokong) keperluan dan kewajaran untuk dirinya bekerjasama dengan Dr Mahathir?," soalnya sinis.
Mengulas hal itu, Shamsher percaya Kit Siang akan memanipulasikan keadaan dengan mendakwa dirinya masih mempunyai pengaruh di kalangan penyokong, sekaligus menjadikan dirinya masih relevan untuk berpolitik.
"Kit Siang hanya mahu rakyat datang, dengar cerita, dan balik. Nak rakyat bersimpati dengannya. Beliau tidak mahu orang tanya soalan, sebab beliau tidak akan beri jawapan. Itulah caranya.
"Setakat hendak buat ceramah kemudian hendak kira berapa ribu penyokong yang hadir, dan menggunakan hujah berapa ribu orang yang datang sebagai sokongan, itu tidak logik," katanya kepada Antarapos.
Kit Siang dalam kenyataanya berkata mahu mengadakan jelajah di seluruh negara  untuk mendapatkan pandangan tentang kewajaran untuk bersara daripada politik selepas partinya sedang diancam untuk diharamkan.

Pokok pangkalnya, tindakan Kit Siang yang mahu mengadakan siri jelajah itu hanya sekadar satu taktik untuk meraih sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri. Bukannya untuk kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping