Selasa, Julai 04, 2017

Heh! Nampak gayanya jentera Propaganda parti Ternakan DAPigs ni betul - betul dah 'Mati Kutu' untuk terus memburukkan kepimpinan parti yang pernah mereka sertai pada suatu ketika dulu.

Punya la diorang ni takde idea sehingga terpaksa menyebarkan dakyah fitnah dan pembohongan secara terbuka terhadap pemimpin tertinggi PAS untuk menghuru - harakan parti tersebut.

Tak boleh tengok orang lain hidup bahagia gamaknya parti pimpinan Si Mat Sabu ni. Dah bercerai dengan parti tu pun, diorang masih ada simpan perasaan dendam lagi ke? Masih tak "Move On"?

Keadaan itu yang membuatkan PAS hairan. Kenapa beria - ia sangat parti Ternakan DAPigs tu nak menabur fitnah dan mencetuskan khabar angin mengenai kepincangan yang berlaku dalam PAS?

Sambil menafikan dakwaan wujud pertelingkahan tersebut, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menolak isu itu ditimbulkan parti serpihan PAS, iaitu Amanah dan juga DAP.
"Tidak benar sama sekali bahawa wujudnya pertelingkahan antara Presiden PAS dan Timbalan PAS.
"Pihak yang mengharapkan ada perseteruan antara dua tokoh ini tentunya pengkhianat yang melarikan kerusi yang dimenangi atas nama PAS dalam PRU13 yang lepas, dan parti chauvinis yang ada dalam negara kita.
"Tidak menghairankan bahawa mereka dan pelampau media mereka yang mengulang-ulang pembohongan ini," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos hari ini.
Sebelum ini ada dakwaan menyatakan wujud pertelingkahan di antara dua pemimpin tertinggi PAS tersebut yang dikatakan berpunca daripada pelantikan Datuk Mustafa Ali sebagai pengerusi Lembaga Penasihat PAS.

Katanya, pelantikan Mustafa itu dibuat ketika Tuan Ibrahim memangku tugas Presiden ketika Hadi berehat selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Tuan Ibrahim juga turut menafikan dakwaan kononnya hubungan dia dengan Hadi Awang sedang berada dalam keadaan berantakan pada ketika ini.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menjelaskan, cadangan untuk melantik Mustafa sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat itu adalah atas arahan daripada Presiden dan bukannya keputusan dia seorang.

Pokok pangkalnya, tindakan pihak luar yang sengaja menabur fitnah terhadap kedua - dua pemimpin tertinggi parti itu adalah satu tindakan terdesak yang dilakukan untuk menjahanamkan PAS seperti mana yang dikehendaki oleh DAPigs!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Para pemfitnah parti anak didik Dap dah habis modal tpi hasilnya tak memuaskan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping