Isnin, Julai 03, 2017

Ramai sangat hendak jadi Menteri Besar di Kelantan ini”. Demikian kenyataan sinis yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan ketika diajukan soalan mengenai pencalonan Husam sebagai MB Pakatan.

Namun katanya, Rejim PAS Kelantan langsung tidak terkesan dengan pengumuman yang dibuat oleh Lim Kit Siang yang menamakan Husam Musa sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan dalam PRU ke - 14 kelak.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS sentiasa memandang ke hadapan untuk menghadapi segala cabaran dalam mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan pihak lain.
“Kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan. Menamakan calon Menteri Besar adalah perkara biasa, sebelum ini, Datuk Dr. Awang Adek Hussin juga pernah dicalonkan menjadi Menteri Besar.
“Ramai sangat hendak jadi Menteri Besar di Kelantan ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.
Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini baru-baru ini, Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika gabungan pembangkang yang diketuai DAP itu menang dalam PRU-14.

Malah Ahli Parlimen Gelang Patah itu secara terang-terangan menyokong Husam memegang jawatan tersebut dengan menyifatkan beliau sebagai contoh bagi rakyat negeri ini dan Malaysia selepas ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bahkan, Lim Kit Siang juga turut menggunakan kesempatan ceramah itu dengan menggesa rakyat negeri ini menukar pentadbiran Rejim PAS dengan alasan mahu menyelamatkan Kelantan.

Sementara itu, Ahmad Yaakob menafikan kkkkfkfdjddjjjkhabar angin kononnya berlaku pergeseran yang wujud diantara Presiden PAS, Hadi Awang dan Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, khabar angin seperti itu hanya cubaan sesetengah pihak untuk mengkaburi mata masyarakat dan ingin melihat PAS berpecah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Husam tak layak. Tak ada rekod yg boleh dibanggakan semasa jdi exco dulu. Yang gagal banyak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping