Selasa, Ogos 15, 2017

Sebuah rakaman video yang menunjukkan kenyataan dua daripada tiga orang remaja yang ditahan ketika insiden keganasan sewaktu penganjuran Forum Nothing To Hide 2.0 Ahad lalu telah menjadi tular, semalam.

Mereka merupakan antara yang didakwa telah diupah untuk menyamar sebagai ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, ketiga-tiga remaja bawah umur terbabit menafikan mereka diupah oleh mana-mana pihak tertentu untuk mencetuskan kekacauan semasa forum tersebut.

Sebaliknya, mereka mendakwa mereka hanya menjadi ‘mangsa keadaan’ dan berada di masa dan tempat yang salah.
“Saya bangun pagi-pagi, lepas tu ‘member’ call ajak lepak tempat biasa. Saya turun bawah lepak dengan dia, lepastu ‘member’ saya cakap,’Jom lah pegi ‘ni’ (forum Nothing To Hide 2.0). Saya tanya, lepak mana? Kemudian dia cakap,'Tak payah tahu'”, jelas remaja tersebut.
“Saya baru datang, pergi tandas dengan dia (sambil menuding ke arah rakan di sebelahnya), kemudian dia mahu beli air di depan sebelum ada kekecohan. Tiba-tiba saya diterajang dan ditangkap di depan (menuding ke luar),” tambah salah seorang pemuda berkenaan.
Pemuda itu menjelaskan, dia telah dijanjikan baju percuma jika mengikuti program berkenaan.

Semalam, Forum Nothing To Hide 2.0 dicemari insiden keganasan melibatkan para peserta yang bertindak untuk membaling kerusi, melontar selipar dan mencampak suar.

Forum yang bermula pada jam 4 petang itu bertukar menjadi tidak terkawal ketika Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan peserta mengenai insiden Memali. Susulan kekecohan itu, tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, menerusi semakan keahlian, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa ketiga-tiga remaja terbabit bukannya merupakan ahli Armada dan mendakwa mereka diupah untuk menyamar sebagai ahli Bersatu.
Categories:

3 ulasan:

  1. Yg beri upah tu PPBM atau sekutu lah kot. Sejak dulu budaya rusuhan adalah budaya pakatan mcm rusuhan Bersih yg kotor tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa tak bagi upah nanti pecah rahsia, depa penaya budak2 tu..

      Padam
  2. Kesian remaja jadi mangsa keadaan akibat politikus yg gila kuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping