Selasa, Ogos 15, 2017

Meskipun sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti, di sini, Phee Boon Poh bertegas enggan melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Boon Poh berkata, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri seperti biasa serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.
“Penahanan ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus menjadi pemimpin di negeri ini, malah saya akan menjalankan tugas dengan lebih baik selepas ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dibebaskan daripada tahanan reman SPRM selama lima hari bersama-sama dua pemilik kilang haram berusia 37 dan 70 tahun.

Mereka dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati penahanan itu bagi membantu siasatan operasi kilang haram habuk kayu berkenaan bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.

Jumaat lalu, mereka ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan selepas SPRM menyerbu kilang tersebut yang beroperasi tanpa lesen di atas tanah pertanian sejak 10 tahun lalu.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut membuat keputusan tidak melepaskan jawatannya meskipun sedang dibicarakan di mahkamah atas dua tuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Golongan yg lapar jawatan memang sukar nk lepas jawatan krn itulah cita-cita mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping