Ahad, Ogos 13, 2017

Baru je dapat lantikan dan belum sempat dia nak memainkan peranan yang telah diberikan sebagai 'Anak Emas' kepada Tun Mahathir, Si Azmin Ali tu telah dihujani macam - macam kritikan.


Namun, Si Azmin tu hari ini tampil dengan memberikan penjelasan kononnya dia akan menjadi 'Pemangkin' kepada Pakatan untuk merapatkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Si Azmin tu mendakwa dia akan menjalankan rundingan dengan PAS berhubung isu pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU yang akan datang.
"Ya, ini adalah proses berterusan di mana kita merasakan perlu ada konsensus di antara kesemua parti pembangkang untuk melihat bagaimana kita menang dalam PRU14. Objektif kita untuk menang pilihan raya, maka kita perlu atur strategi untuk melihat bagaimana kemenangan dapat dicapai," katanya.
Tapi, malangnya, belum sempat Si Azmin Ali tu nak memujuk PAS agar beralah dengan Pakatan, puak - puak parti Ternakan DAPigs tu terlebih dahulu sudah memalukan dirinya secara terbuka.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin PAN Kelantan berikrar mahu bertanding di 30 kerusi yang kini menjadi milik PAS menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Malah, PAN Kelantan juga turut mendakwa bahawa PKR hanya diberikan peluang untuk bertanding di tiga kawasan Parlimen dan empat kerusi DUN berdasarkan kepada status quo sebelum ini.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PAN Kelantan itu dilihat seolah - olah satu penghinaan terhadap PKR yang dianggap tidak mempunyai sebarang pengaruh di negeri tersebut.

Dalam erti kata mudahnya, nampak sangat usaha Si Azmin ni awal - awal lagi dah GAGAL untuk dilaksanakan memandangkan PAN dan PAS memang sudah tidak sehaluan. Kita tengok la sejauh mana dia dapat menyelesaikan kemelut diantara PAS dan PAN tu nanti!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Azm8n... bila boleh belanja aiskrim nie..

    BalasPadam
  2. Pan akan tunduk kpd dap je..

    BalasPadam
  3. PAN boleh beli berpuluh puluh gendang, tapi kalau pemain nya lemah, maka lemah juga lah ia. Jangan mimpi lah.

    BalasPadam
  4. jika pkr berbaik semula dengan pas maka hancur leburlah harapan pan untuk memenuhi niat mereka untuk menggagalkan kemenangan pas di kelantan pada pru14 nanti. sakitnya hati pan kepada pas tidak dapat digambarkan dengan lukisan dan kata-kata. biar mereka tidak menang dalam pru akan datang asalkan pas kalah . biar padan muka pas. inilah yang tertanam dalam lubuk hati mereka yang telah lama luka dan bernanah.apatah lagi disiram dengan asid dendam yang tiada noktahnya oleh bapa tiri mereka dap dengan motivasi dan semangat untuk meruntuhkan pemerintahan Islam pas. keadaan ini pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan umat yang lalu yang sedang ditayang semula melalui lakonan pan sekarang.... ingatlah melayu Islam kelantan jangan sekali-kali termakan suapan fitnah yang berombak-ombak bertali arus membadai perjuangan Islam yang dperjuangkan oleh pas. fahamlah keberadaan orang yang belot itu sangat bahaya kepada rakyat dan bangsa. mereka akan melakukan apa sahaja asalkan niat dan matlamat mereka tercapai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping