Ahad, Ogos 13, 2017

Heh! Memang kesian betul tengok nasib yang menimpa Si Rafizi ni. Nampak sangat yang dia tidak mempunyai sebarang kedudukan istimewa dalam parti itu walaupun dia anggap sebaliknya.

Mungkin dari kaca mata Si Rafizi, dia anggap diri dia sebagai seorang 'Pakar Strategi' dalam parti sedangkan hakikatnya dia hanya ibarat seperti 'Kain Lap Kaki' je dalam parti dia sendiri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Rafizi tu terpaksa menjadi seorang Pengemis mengutip derma dari orang ramai untuk menanggung kos membayar saman terhadap dirinya.

Dah la dia sorang je yang kena tuduh menabur fitnah terhadap Pengerusi NFCorp tu sebelum ini. Padahal, masa mula - mula dia buat fitnah tu, ramai pulak yang tumpang sekaki.

Malah Si Nurul Izzah yang turut menjadi saksi dalam kes itu juga dilihat tidak membantu dengan memberikan alasan kononnya kenyataan yang dibuat sebelum ini diambil dari Rafizi.

Dan bertambah malang lagi ialah apabila Si Rafizi tu hanya dilihat keseorangan hadir ke mahkamah Jalan Duta dengan hanya ditemani Wan Azizah dan Ngeh Ko Ham baru - baru ini.

Keadaan menyedihkan itu tidak la seperti Si Ketua Penipu tu atau pun Si Lim Guan Eng yang sering dikerumuni dan mendapat sambutan meriah dikalangan para Pentaksub mereka sebelum ini.

Maka, terpaksa la Si Rafizi tu tanggung dosa dia sorang - sorang sedangkan orang lain yang menumpang cerita fitnah dia sebelum ini semuanya dah cabut lari. Tapi, itu la khifarah namanya. Bila buat dosa, lu tanggung la sendiri Rafizi oi!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping