Khamis, Ogos 10, 2017

Maka benarlah sepertimana yang dijangka selama hari ini bahawa Si Azmin Ali tu ada kedudukan yang istimewa dilubuk hati Tun Mahathir. Kiranya, dia memang 'Anak Emas' Tun Mahathir.

Secara tidak lansung, khabar angin yang mengatakan bahawa Tun Mahathir mahu melantik Azmin menjadi Perdana Menteri Pakatan sudah jelas kelihatan. Namun ianya masih tersembunyi.

Jika sebelum ini, teka - teki berkaitan dengan jawatan tertinggi itu sering menjadi persoalan dikalangan rakyat. Namun sehingga ke hari ini, kepimpinan Pakatan GAGAL menjawap soalan tersebut.

Hari ini, Tun Mahathir selaku Pengerusi Pakatan telah mengumumkan jawatan baru yang bakal disandang oleh Si Azmin Ali tu sebagai Pengarah Pilihan Raya gabungan Pakatan Haprak tu.

Sementara itu, Tun Mahathir juga turut mengumumkan jawatan Mat Sabu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Pakatan dan Zuraidah Mak Lampir sebagai Ketua Wanita.

Bagi sesetengah pihak, perlantikan jawatan Mat Sabu dan Zuraidah itu hanya dianggap sebagai 'Sampingan' bagi menutup sebarng spekulasi berkaitan dengan kedudukan istimewa Azmin.

Kalau Tun Mahathir lantik Azmin je, nampak sangat yang dia mengamalkan budaya 'Favoritism' dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Jadi, terpaksa la dia lantik juga Mat Sabu dan Zuraidah.

IRONIKnya, sebelum ini Pakatan mendakwa, Tun Mahathir tidak mempunyai sebarang kuasa 'Autoritif' didalam Pakatan. Sebaliknya, semua keputusan akan dibuat dalam bentuk konsensus.

Maka persoalannya, adakah perlantikan Azmin ini mendapat restu secara konsensus dari pemimpin Pakatan? ATAU ianya dibuat secara autoritatif oleh Tun Mahathir secara bersendirian? Itu baru sikit Tun Mahathir tunjuk kuasa dia. Belum dia dapat memerintah lagi!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. pandai ler SH buat cerita yg tak logik...
    tapi ada kebenaran nya...ishh poning pokcik mikiokan nyer....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping